Jom Klik-klik Sini..

Khamis, 26 Mac 2009

'Tragedi Sedut Lemak'






Pagi tadi lepas hantar Alya sekolah, aku singgah kedai.. Macam biasalah beli breakfast & newspaper. Tapi mamak kedai paper kata hari ni paper lambat sampai.. datang dalam kul 9..





Alamak..hari ni breakfast sambil melengung je la...





Tengahari, lepas ambik my pumpkin, singgahla beli paper..tak sah rasa hidup kalau tak baca sok kabar ni..walaupun online news ada tapi tak sama la...





Tetiba mataku tertumpu pada headline Kosmo! (rujuk kat atas sebelah kiri) Citenya (mungkin ada yg dah baca tp yg belum lebih kurang ginilah..) Wanita malang ni buat liposuction sebanyak 14 kali sejak 2 tahun dulu.. Lebih berani ia dibuat tanpa pengetahuan suami (suami pernah melarang jgn teruskan lipo). Kali terakhir, semalam (Rabu 25 Mac) arwah mengalami muntah2 sebaik disuntik ubat pelali yang seterusnya membawa maut.

Innalillah.. Takziah..

Benda dah berlaku, kita bukan nak cari salah siapa tapi nak memperingatkan diri sendiri & rakan2..(kalau benda baik tak salah kongsi kann..)


1. JGN terlalu obses nak cantik. Sapa tak nak cantik & dilihat sempurna tapi.., buat berpada2

2. JGN abai nasihat/pandangan sang suami. Kalau dah dia kata JGN means jgn la walau hati pedih meronta

3. Ikutlah pepatah lama 'Biar lambat asalkan selamat' (ni ayat pujuk diri sendiri..maklum, tengah berdiet ni..lambat sungguh jarum timbang nak bergerak)

4. Buatlah rawatan pada doktor/pakar yang berdaftar/ada lesen

5. Aaa.. Lu pikir la sendiri... :P



psst..psst..- aku bukanlah pandai sangat tapi setiap yg baik tu dtg dari Allah swt.. yg buruk tu datang dari kejahilan diri sendiri



2 ulasan:

  1. udah cantik nak sedut2 lagi buat apa???
    byk lagi cara lain tuk kuruskan badan
    org kaya... gitu ler...
    cari jln mudah

    BalasPadam
  2. berat sebelum sedut pon 50kg...
    kalau nk langsing kena study betul2 plan slimming yg nak diambil...

    BalasPadam