Jom Klik-klik Sini..

Sabtu, 2 Oktober 2010

Open House Sana Sini...

Hujung minggu bulan Syawal begini, apa lagi aktivitinya selain open house. Banyak sungguh jemputan. Dari kawan-kawan hinggalah saudara mara. Insyaallah, kami akan sampai...

Jumaat, 1 Oktober 2010

Salam... Saya sapu habuk & sawang dulu...

Ish..ish... lama dah tak masuk rumah ni....
Habis bersawang & berdebuuuuuu!!!!
Nanti sat naaaa... saya sapu, lap & mop dulu..
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
dah setahun dahhh....
banyaknya habuuukkkkk....
aaaaaaa...cccchhhhhhhuuuuuuuuummmmmmm!!!!
isk... selsema daahhh....
nak rehat jap. pas ni baru letak cite baru...

Isnin, 5 Oktober 2009

Alya + sakit mata

Petang Sabtu masa adik aku datang beraya, aku memang dah perasan mata kiri Alya cam merah sikit. Ala-ala kena gigit nyamuk gitu. Aku diamkan ajelah. Lagipun Alya tengah seronok memain dengan sepupu dia ligat-Aisy Irfan.

Tetiba malam sekitar pukul 2 am Alya terbangun. Dia tanya kenapa mata dia 'berat'? MasyaAllah... aku tengok bengkak kat mata dia makin besar. Mata dah menyepet. Aku pun suruh dia baring & aku titik ubat mata permata hijrah kaler biru tu. Ubat mata tu sejuk je.. & aku soh dia tido..

Siangnya bawak Alya pegi klinik. Doktor kata macam kena jangkitan ala-ala bisul tapi matanya kat dalam kelopak mata. Tu yang tak nampak apa-apa punat macam ketumbit biasa. Tapi sakit mata tu tak berjangkit kata doktor.. sebab tak berair @ bertaik mata. Lega sikit aku..


-gambar nanti2 lah ye.. malas nak upload. Kes terlebih makan kuih raya la nih..hehehe ;P


Sabtu, 3 Oktober 2009



Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Lama betul rasanya tak mengirim berita kat sini. Banyak betul rasanya cerita yang nak diceritakan. Macam-macam kisah ada. Dari suka sampailah yang duka berjuraian air mata. Tapi bagi tak menghilangkan mood raya yang sepatutnya happy, so...kita enjoy!

Sekejap je AidilFitri dah masuk minggu hari ke-14. Bagi member blog yang dok kat Klang & sekitarnya, jemputla ke rumah ek.. Akak tak buat open house..tapi kalau nak datang, rumah akak sentiasa terbuka ;)

Jumaat, 15 Mei 2009

Penting Ni..Baca Tau!!

Kecanggihan teknologi sekarang buat orang jadi gila!! Aku cakap diorang ni gila sebab menyalahguna teknologi dgn buat keje2 laghro. Apa taknya.., sampai nak melepas hajat pun rasa tak selamat sekarang. Ada skodeng guna handfon la.., kamera tersorokla.. & la ni 2 way mirror. (Teknologi 2 way mirror ni digunapakai kat dlm AF. Kalau peratikan kat akademi tu penuh cermin tapi sebenarnya 2 way mirror utk merakam segala aktiviti dlm akademi tu..selain 2 bijik kamera si angelina & si brad pittt..tapi taklah diletak smpi ke bilik termenung..!!!)



Kpd yg belum tau, jom kita baca sama2 tip yg diberikan. Ni penting ni supaya kita taklah jd mangsa keadaan. Aku dapat dari emel..



HOW TO DETECT A 2-WAY MIRROR

When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms, changing rooms & etc. How many of you know for sure that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall is a real mirror, or actually a 2-way mirror (i.e., they can see you, but you can't see them).There have been many cases of people installing 2-way mirrors in female changing rooms. It is very difficult to positively identify the surface by just looking at it. So, how do we determine with any amount of certainty what type of mirror we are looking at?

Just conduct this simple test: Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is a GENUINE mirror. However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE, FOR IT IS A 2-WAY MIRROR!

So remember, every time you see a mirror, do the 'fingernail test.' It doesn't cost you anything. It is simple to do, and it might save you from getting 'visually raped'! This is a really good thing to do. The reason there is a gap on a real mirror, is because the silver is on the back of the mirror UNDER the glass. As a two-way mirror, the silver is on the surface. Keep it in mind!

Ladies: Share this with your girl friends. Men: Share this with your wives, daughters and/or girlfriend or friends. PASS THIS ON FOR OWN SAFETY

Rabu, 13 Mei 2009

I'm Back!!!

Assalamualaikum.



Rindunyaaa aku kat korang suma. Lama betul rasanya tak bersiaran (ek elee..cam siaran tv lak ;P). Tapi apa leh buat. Demam melanda. Rasanya dah lama gak aku tak demam teruk camni. Abis Alya & Mr Saddam aku jangkitkan sama. Memang kali ni sambutan Mother's Day paling lesu. Tapi Mr Saddam bawak gak aku & Alya kuar makan. Tapi iyelah.., selera orang demam. Makan pun sekadar makan je laa.. Nak ambik gambar pun tak bernapsu ;D. So, kenangan dalam lipatan ingatan je la.



Dah recover dari demam nih, cuaca kat sini lak jerebu. Ada kebakaran kecik kat kebun sebelah kawasan perumahan aku. 2-3 hari gak bomba dok melepak padam api. Takut2 ada api terpendam dalam tanah gambut.



Hmm.. macam tak meriahkan, entri tanpa gambar. Takpa.., nanti aku kumpul tenaga yg baru pulih ni, buat entri baru.., upload gambo bebanyak :)



chiaw..!!

Jumaat, 8 Mei 2009

Selamat Hari Ibu!!!!

(nyanyi dgn nada lagu selamat hari jadi)
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Ibu Buat Semua Ibu..
Selamat Hari Ibuuuuuu...!!!!

Istimewakan jadi ibu. Ada satu hari khas yg dibuat bg mengenang jasa ibu. Walau aku kini dah memegang title ibu, aku masih seorang anak kepada wanita waja bernama Ani Samiyah Jaffor.

Kalau nak dicerita budi & jasa ibu kepada aku.., takut banjir kilat melanda. Tapi cukuplah aku nyatakan bahawa pengorbanan ibuku sering membuat egoku luluh. Dalam lembut tutur bicaranya terselit ketegasan. Dalam riuh senda guraunya terhimpun kasih mesra.

Ibuku jenis orang yang tak meluahkan kata sayang. Semasa kecil dulu, sewaktu aku masih tak mengerti apa yg dikatakan body language, aku selalu tersalah tebak. Aku suka membanding-bandingkan cara layanan ibuku dengan gerak laku ibu rakan rapatku. Jadi, untuk mendapatkan sesuatu 'kata sayang' itu, aku sering buat hal. Tapi ibu, mengertilah bahawa semua yg kulakukan dulu itu hanyalah kerana dambakan luahan luaran kasih ibu.

Kini, setelah meningkat usia, baru aku faham bahawa telahanku terhadap ibu silap. Ibu memang seperti ibu-ibu mithali yg lain. Cuma, cara dan pendekatan ibu yg berbeza.

Sempena Hari Ibu ini, ingin aku katakan bahawa aku semakin mengenali isi hati ibu. Aku semakin sayang ibu dan aku semakin rindu pada saat-saat indah kita dulu, kini dan hari-hari seterusnya.

Selamat Hari Ibu juga buat semua rakan alam mayaku. Hayati hari indah kita sebagai ibu. Walau apa jua panggilan si anak pada kita..ummi,mummy,mama,mak,bonda...kita tetap ibu mereka dunia akhirat.