Jom Klik-klik Sini..

Isnin, 5 Oktober 2009

Alya + sakit mata

Petang Sabtu masa adik aku datang beraya, aku memang dah perasan mata kiri Alya cam merah sikit. Ala-ala kena gigit nyamuk gitu. Aku diamkan ajelah. Lagipun Alya tengah seronok memain dengan sepupu dia ligat-Aisy Irfan.

Tetiba malam sekitar pukul 2 am Alya terbangun. Dia tanya kenapa mata dia 'berat'? MasyaAllah... aku tengok bengkak kat mata dia makin besar. Mata dah menyepet. Aku pun suruh dia baring & aku titik ubat mata permata hijrah kaler biru tu. Ubat mata tu sejuk je.. & aku soh dia tido..

Siangnya bawak Alya pegi klinik. Doktor kata macam kena jangkitan ala-ala bisul tapi matanya kat dalam kelopak mata. Tu yang tak nampak apa-apa punat macam ketumbit biasa. Tapi sakit mata tu tak berjangkit kata doktor.. sebab tak berair @ bertaik mata. Lega sikit aku..


-gambar nanti2 lah ye.. malas nak upload. Kes terlebih makan kuih raya la nih..hehehe ;P


Sabtu, 3 Oktober 2009



Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Lama betul rasanya tak mengirim berita kat sini. Banyak betul rasanya cerita yang nak diceritakan. Macam-macam kisah ada. Dari suka sampailah yang duka berjuraian air mata. Tapi bagi tak menghilangkan mood raya yang sepatutnya happy, so...kita enjoy!

Sekejap je AidilFitri dah masuk minggu hari ke-14. Bagi member blog yang dok kat Klang & sekitarnya, jemputla ke rumah ek.. Akak tak buat open house..tapi kalau nak datang, rumah akak sentiasa terbuka ;)

Jumaat, 15 Mei 2009

Penting Ni..Baca Tau!!

Kecanggihan teknologi sekarang buat orang jadi gila!! Aku cakap diorang ni gila sebab menyalahguna teknologi dgn buat keje2 laghro. Apa taknya.., sampai nak melepas hajat pun rasa tak selamat sekarang. Ada skodeng guna handfon la.., kamera tersorokla.. & la ni 2 way mirror. (Teknologi 2 way mirror ni digunapakai kat dlm AF. Kalau peratikan kat akademi tu penuh cermin tapi sebenarnya 2 way mirror utk merakam segala aktiviti dlm akademi tu..selain 2 bijik kamera si angelina & si brad pittt..tapi taklah diletak smpi ke bilik termenung..!!!)



Kpd yg belum tau, jom kita baca sama2 tip yg diberikan. Ni penting ni supaya kita taklah jd mangsa keadaan. Aku dapat dari emel..



HOW TO DETECT A 2-WAY MIRROR

When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms, changing rooms & etc. How many of you know for sure that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall is a real mirror, or actually a 2-way mirror (i.e., they can see you, but you can't see them).There have been many cases of people installing 2-way mirrors in female changing rooms. It is very difficult to positively identify the surface by just looking at it. So, how do we determine with any amount of certainty what type of mirror we are looking at?

Just conduct this simple test: Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is a GENUINE mirror. However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE, FOR IT IS A 2-WAY MIRROR!

So remember, every time you see a mirror, do the 'fingernail test.' It doesn't cost you anything. It is simple to do, and it might save you from getting 'visually raped'! This is a really good thing to do. The reason there is a gap on a real mirror, is because the silver is on the back of the mirror UNDER the glass. As a two-way mirror, the silver is on the surface. Keep it in mind!

Ladies: Share this with your girl friends. Men: Share this with your wives, daughters and/or girlfriend or friends. PASS THIS ON FOR OWN SAFETY

Rabu, 13 Mei 2009

I'm Back!!!

Assalamualaikum.



Rindunyaaa aku kat korang suma. Lama betul rasanya tak bersiaran (ek elee..cam siaran tv lak ;P). Tapi apa leh buat. Demam melanda. Rasanya dah lama gak aku tak demam teruk camni. Abis Alya & Mr Saddam aku jangkitkan sama. Memang kali ni sambutan Mother's Day paling lesu. Tapi Mr Saddam bawak gak aku & Alya kuar makan. Tapi iyelah.., selera orang demam. Makan pun sekadar makan je laa.. Nak ambik gambar pun tak bernapsu ;D. So, kenangan dalam lipatan ingatan je la.



Dah recover dari demam nih, cuaca kat sini lak jerebu. Ada kebakaran kecik kat kebun sebelah kawasan perumahan aku. 2-3 hari gak bomba dok melepak padam api. Takut2 ada api terpendam dalam tanah gambut.



Hmm.. macam tak meriahkan, entri tanpa gambar. Takpa.., nanti aku kumpul tenaga yg baru pulih ni, buat entri baru.., upload gambo bebanyak :)



chiaw..!!

Jumaat, 8 Mei 2009

Selamat Hari Ibu!!!!

(nyanyi dgn nada lagu selamat hari jadi)
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Ibu Buat Semua Ibu..
Selamat Hari Ibuuuuuu...!!!!

Istimewakan jadi ibu. Ada satu hari khas yg dibuat bg mengenang jasa ibu. Walau aku kini dah memegang title ibu, aku masih seorang anak kepada wanita waja bernama Ani Samiyah Jaffor.

Kalau nak dicerita budi & jasa ibu kepada aku.., takut banjir kilat melanda. Tapi cukuplah aku nyatakan bahawa pengorbanan ibuku sering membuat egoku luluh. Dalam lembut tutur bicaranya terselit ketegasan. Dalam riuh senda guraunya terhimpun kasih mesra.

Ibuku jenis orang yang tak meluahkan kata sayang. Semasa kecil dulu, sewaktu aku masih tak mengerti apa yg dikatakan body language, aku selalu tersalah tebak. Aku suka membanding-bandingkan cara layanan ibuku dengan gerak laku ibu rakan rapatku. Jadi, untuk mendapatkan sesuatu 'kata sayang' itu, aku sering buat hal. Tapi ibu, mengertilah bahawa semua yg kulakukan dulu itu hanyalah kerana dambakan luahan luaran kasih ibu.

Kini, setelah meningkat usia, baru aku faham bahawa telahanku terhadap ibu silap. Ibu memang seperti ibu-ibu mithali yg lain. Cuma, cara dan pendekatan ibu yg berbeza.

Sempena Hari Ibu ini, ingin aku katakan bahawa aku semakin mengenali isi hati ibu. Aku semakin sayang ibu dan aku semakin rindu pada saat-saat indah kita dulu, kini dan hari-hari seterusnya.

Selamat Hari Ibu juga buat semua rakan alam mayaku. Hayati hari indah kita sebagai ibu. Walau apa jua panggilan si anak pada kita..ummi,mummy,mama,mak,bonda...kita tetap ibu mereka dunia akhirat.



Selasa, 5 Mei 2009

Alya & Ucu Ateh

Alya & Ucu Atehnya memang kamceng. Hari Ahad aritu Ucu Ateh datang. Ucu Ateh bagi Lya main game mekap2 kat laptopnya...





Aksi senyum lebar sambil sebut "cheeseeeeeee"


Pastu tukar lak sebut "kejuuuuuuu"



Balik sekolah tadi, Alya tanya boleh tak bukakkan yahoo.com? Dia nak main game yang kat laptop Ucu Ateh. Ucu Ateh kata game tu kat yahoo.com.


Alya bukak laptop aku, memandai je klik kat 'internet explorer' tu...



Abis laaa.......... anak aku dah gian main game online...






Isnin, 4 Mei 2009

Nota Rindu Buat Ayahtok

Luahan seorang cucu buat atok terchenta...

Nota rindu (buat Ayahtok aka atok Klang) ni Alya tulis minggu lepas sejurus kami balik dari Teluk Intan. Baru seminggu tak jumpa Ayahtok dah main tulis2 nota.. Jiwang betul anak daraku ini.



Iyalah... cucu atoklah katakan... Lya pandai bodek Ayahtoknya kalau nak apa2 yg dia pasti takkan dapat dari mama & papa :D

Sebenarnya rumah kitorang dengan rumah Ayahtok & Nenek sepelaung je.. Taman sebelah2..dlm 10 minit dah boleh sampai & selalunya dalam seminggu adalah 2-3 kali jumpa ayahtok. Kalau tak singgah rumah, kitorang caling2 minum teh tarik kat kedai sama2. Tu la agaknya bila lama sikit tak jumpa Ayahtoknya.., tulis nota bagai....



Ahad, 3 Mei 2009

Nak Cantik? Jom Makan Budu :d

Memula aku baca tajuk rencana kat Kosmo nih.., nak tergelak pun ada. Dalam serius ada pulak lawaknya. Betul ke dengan HANYA makan budu kita boleh cantik.., awet muda..??



Ni antara kajian2 yang dibuat untuk menyokong statement ttg budu tu. Antaranya :



*Dari pakar pemakanan Jepun, AS, Australia, NZ & Jerman - budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksida yg mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk KANSER!

*Dari Uni. Carolina Utara, AS - unsur genestin & phytoestrogen dlm budu boleh lambatkan penuaan & cegah barah payudara

*kajian rambang - pengambilan 150g budu sehari selama 2 minggu dapat turunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan

*budu berpotensi cegah cirit-birit & turunkan kolestrol darah, juga sakit jantung & hipertensi

*budu boleh jadikan seseorang LEBIH PINTAR kerana ia merangsang sel otak & membantutkan pertumbuhan bakteria yg menyebabkan kembung perut




Hah...kalau masih was2 nak makan budu tp still nak awet muda, cubalah kosmetik dari budu nih.. Cayalah..!! budu pun dah jadi kosmetik..boleh tempek2 kat muka. Lepas ni harga budu sure naik mencanak. Tak lama lagi, status budu pun naiklah... bukan lagi makanan orang kampung, petani, nelayan tp VVIP cakapluuuuu...



psst..psst.. - moh kita oder budu!!! sapa ada jual??



psst..psst..lagi - mr saddam ku, marilah cuba memakan budu. cuba sikit dulu yea..sempena anniversary kita..okayyy ;)



Ala...takutnya! Sib baik aku tak meroyan...!!!

1 Mei aritu, cam biasa tatkala free, aku bukak blog & blogwalking. Memula aku pi blog fara adura & tinggalkan komen. Ok. Suma berjalan lancar. Kemudian aku jengah plak blog Suziey. Sehari sebelum tu, suziey ada cerita ttg masalah 'blank' yg berlaku kat blog dia & aku pun ada tanya camana nak backup blog. Yessss..!! Mama Aqeel yg baik hati tu ada buat tutorial ttg backup blog. Aku pun salinnn....



Untuk mengaplikasikan apa yang telah diajar, aku pun balik ke blog aku. Tetibaaa jeeee...



lip lap...lip lap....





uwaaaaaa......!! blog aku blank!!!!!! pastu dia popup byk2 cam suziey cite tuh!!!!



huhhh!!!!! gelabah aku. Aku pun apalagi...terus shut down.



Hari ni, (3 Mei) baru aku berani bukak blog. Itu pun bukak dgn penuh saspen..



...sib baik blog ni masih wujud. Kalau tak...meroyan tahap repunzel aku!!!

Khamis, 30 April 2009

Apa itu Rotavirus

Sewaktu aku dok berlegar2 di alam maya ni mencari bahan & bacaan yg menarik, aku terjumpa artikel tentang Rotavirus ni. Bagi aku, info ni penting buat semua mommies. Jom kita baca & tambah pengetahuan demi keselamatan & kesihatan anak2 kita..Sharing is caring :)


ROTAVIRUS

Rotavirus adalah sejenis virus yang mula ditemui di Melbourne, Australia kira-kira 26 tahun lalu dan ia disahkan antara virus yang sangat mudah berjangkit. Virus itu boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit dan mampu bertahan beberapa hari pada permukaan keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Lee Way Seah, berkata rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit teruk atau (gastroentiritis akut) di kalangan kanak-kanak di negara maju dan negara membangun.
"Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami cirit-birit teruk dan ia pembunuh kedua tertinggi di kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun selepas pneumonia. "Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 2 juta pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana rotavirus manakala seramai 440,000 pesakit menemui maut akibat cirit-birit teruk dan dehidrasi atau kehilangan banyak air," katanya.

Bagaimana mengenali jangkitan rotavirus?

Cirit-birit biasanya berlaku selama tiga hingga sembilan hari dan ia boleh berlanjutan sehingga tiga minggu. Dalam tempoh ini pesakit kanak-kanak boleh mengalami gejala demam, cirit-birit, sakit perut dan muntah pada bila-bila masa. Lee berkata, ramai ibu bapa menganggap masalah cirit-birit akibat jangkitan rotavirus sebagai sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh membawa maut.
"Di Malaysia, seramai 15,000 pesakit berusia kurang lima tahun yang datang mendapatkan rawatan dikesan dijangkiti rotavirus. Daripada jumlah itu, 9,000 dimasukkan ke hospital manakala 34 kanak-kanak maut hanya selepas disahkan positif rotavirus," katanya. Penyebab utama berlakunya rotavirus adalah tahap kebersihan yang kurang baik. Namun, jangan silap kerana negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai jumlah jangkitan rotavirus yang tinggi. Bagaimanapun, jumlah jangkitan akan menjadi lebih tinggi di negara membangun terutama jika tiada kemudahan perubatan yang baik serta tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Rotavirus tersebar dengan mudah terutama melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut, air tercemar atau alatan permainan disentuh pesakit. Virus itu juga mampu hidup di permukaan keras seperti tombol pintu, lantai dan udara. Simptom atau gejala biasa yang dialami kanak-kanak terutama bayi apabila dijangkiti rotavirus adalah demam disusuli muntah dan cirit-cirit menyebabkan kehilangan air dalam badan yang terlalu banyak sehingga boleh membawa maut. "Jarang kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengalami hanya satu daripada simptom jelas iaitu demam, muntah dan ciri-birit. Selalunya mereka akan mengalami ketiga-tiga simptom berkenaan atau paling kurang, hanya dua kesan jelas sebagai petunjuk dijangkiti rotavirus. "Cara untuk melihat sama ada anak anda kehilangan banyak air di dalam badan adalah dengan mencubit sedikit kulit di bahagian abdomen dan jika dilepaskan cubitan, bahagian kulit tidak kelihatan lembik atau jatuh," katanya. Jika cirit-birit dan muntah berlarutan tanpa rawatan di antara tiga hingga tujuh hari, pesakit boleh mengalami kekurangan nutrisi, kejutan serta degupan jantung yang tidak normal, tekanan darah rendah, penurunan kadar darah sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian. Rawatan Setakat ini, tiada rawatan khusus yang boleh merawat rotavirus kerana ia adalah sejenis virus. Walaupun ia tersebar akibat persekitaran yang tercemar, membasuh tangan mampu mencegah tapi ia tidak boleh dihapuskan sepenuhnya kerana rotavirus sangat kebal serta mudah berjangkit. Kesedaran perlu ada di kalangan ibu bapa sebelum rotavirus menyerang dan menyebabkan tubuh kecil bayi anda merasai derita. Rotavirus boleh dikawal melalui pengambilan vaksin seawal bayi berusia enam minggu dan berakhir sebelum bulan ketujuh. WHO mengakui pembangunan vaksin rotavirus banyak membantu mengurangkan jangkitan dan kadar kemasukan ke hospital akibat virus itu. Vaksin yang mampu melindungi sehingga tempoh tiga tahun berfungsi merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi secara semula jadi terhadap jangkitan rotavirus.


Selasa, 28 April 2009

Alya Rindu Najmi...

Sejak balik dari kampung, sifat kekakakan Alya makin terserlah. Kebetulan masa kitorang balik haritu, cousin2 Alya yg lain tak balik sama so, Alya hanya ada Najmi untuk main2. Bila dah balik rumah, Alya kata dia rindu Najmi. Dia soh paklang(ayah Najmi) hantar Najmi ke Klang. Kengkonon dia boleh jaga si kecik tu.. buat susu.., salin pampers...





Tengoklah.. dia beria2 nak meriba si Najmi. Gambar ni diambil sebelum kejadian Najmi terpaksa merembat susu Alya ;)




Sesekali mama enterframe..tapiiiii...awatlah nampak tembam sangat. Padahal aku dah turun 2kg okay... ;P



Gaya konfiden seorang kakak...ecewahhh..




Rajin 'kakak' bawak Najmi jalan2 yea.. yg si Najmi plak reti pulak diam bila Lya dok sorong stroller


Siap posing2 lagi... sabo je laa... yang kelakarnya, belum apa2 lagi Lya dah ada nama untuk adik barunya nanti.. Ehhhhh..adik baruuu????



Heheheh....wat saspen ajeee.... Alya belum lagi nak beradik baru..masih giat diusahakan...doa2kan Lya cepat dapat adik baru yeeee... taklah asik termenung & main sensorang je :D






Kasih Sayang Berterusan.. Award Bertukar Tangan :)

Kasih sayang dari geng2 blogger amat tebal sekali. Walau tak pernah bersua muka, namun award sebagai tanda persahabatan seringkali menghiasi laman mayaku ini :) Dari ummieisya..
Dan award2 berikut ni dari kakyong








Isnin, 27 April 2009

PERHATIAN!!! INI PENTING. SILA BACA.

Baru2 ni aku dapat e-mel dari sorang kawan yang aku rasa isi kandungannya amat berguna sebagai panduan untuk kita semua. E-mel tu berbunyi begini:





Dear all,



This afternoon (14/04/2009), while waiting for my husband in front of the bank ( MBB, Jalan Taiping, Klang), I saw a Malay lady bending down to throw some RM1.00 notes behind the tyre of a car parked in front of mine.After throwing the notes, she knocked the car's window to tell him that he has dropped some money.



Right after that, a man came knocking on my window, also telling me that I have dropped something.Fortunately, I was not conned by them because I have witnessed what that Malay lady was doing. They came in a group of 4 (1 lady and 3 guys whom all look like foreigners; like the Arabian/ Moroccan type).They will rob you once you open your car door to check.



Please pass this email to all your friends, relatives and colleagues to warn them about these people even if you are not from Klang.







psst..psst.. kenkadang aku rasa tak selamat walau dok kat tanahair sendiri..pendatang asing bermaharaja lela..& aku pun dah lama tak jejak bandar (pekan) Klang dah.. kecuali atas urusan2 penting yg pejabatnya tak ada cawangan lain.


Jumaat, 24 April 2009

Najmi Minum Susu Alya..?? Boleh ke...??!!

Petang tadi, bil aku datang rumah mil bawa anak sulungnya, bb Najmi. Diorang dok kat Teluk Intan gak tapi kawasan rumah berlainan. Ma Najmi tak ikut sama sebab belum balik keje. Rindulah sebab dah lama tak tengok Najmi. Sekarang dah 5 bulan lebih, dah pandai meniarap & senyum2.



Lepas makan angin luar rmh aku & Lya bawak Najmi masuk rumah sebab hari nak Maghrib. Masa tu aku perasan si Najmi dok hisap tangan. Mil ckp Najmi mmg suka isap tangan. Kenkadang dua2 tangan dia dok nyonyot.



Masuk dalam rumah, Najmi dok merengek. Bil kata kasi air kosong yang dia bawak. Aku pun kasilah tapi Najmi tolak dgn lidah. Mil datang, dia kata Najmi ni gayanya cam nak susu je.....



Bil jd gelabah. Anaknya dah meraung. Puas aku & mil berganti tangan bawak dia kat kipas takut panas @ kena gigit nyamuk. Nak tau mana bil aku pegi....???



--





--



--



--



--





Balik rumah ambik susu anak!!!!!!!



Bertuah punya adik ipaq. Bawak anak 5 bulan jalan bekal air o je....???



Tak sanggup dengar si Najmi meraung sampai serak suara Mr Saddam buat susu dalam botol air o Najmi..



Bila sampai je susu tu ke dalam mulut Najmi terus dia diam & menangkap puting susu.. Najmi minum... habisssssss



....

.... pastu merengek lagi. Mr Saddam kata biar dia tambah lagi. Ada lebihan susu dia bancuh dalam cawan.



Aku tertanya2 gak.., susu apa yg hubby ku itu bancuh...???





--

--

--

Nak tau apa Mr Saddam jawab?? Dapat agak kann... Dah tulis kat tajuk tuuuuu....

Susu Alya... :)



Persoalannya di sini, boleh ke bb 5 bulan minum susu budak 5 tahun? Tak memudaratkan ke..??




10 Warning Signs of Alzheimer's Disease

Sejak akhir2 ni aku selalu lupa. Kengkadang tengah buat keje kat dapur aku teringat nak ambik sesuatu kat atas. Bila dah sampai atas, sure aku tertanya2, "nak ambik apa ye..?"



Kengkadang kena dok pikir seminit 2 baru ingat apa nak buat. Isyyy... risau nih. Dek kerana kegusaran tu, aku pun mencari sumber2 yang boleh dipercayai yang boleh menjadi garis panduan kepada masalah aku nih.. Jom kita berkongsi info yang aku dapat.





10 Warning Signs of Alzheimer's



1. Memory loss.Forgetting recently learned information is one of the most common early signs of dementia. A person begins to forget more often and is unable to recall the information later.

What's normal? Forgetting names or appointments occasionally.




2. Difficulty performing familiar tasks. People with dementia often find it hard to plan or complete everyday tasks. Individuals may lose track of the steps involved in preparing a meal, placing a telephone call or playing a game.
What's normal?Occasionally forgetting why you came into a room or what you planned to say.




3. Problems with language.People with Alzheimer’s disease often forget simple words or substitute unusual words, making their speech or writing hard to understand. They may be unable to find the toothbrush, for example, and instead ask for "that thing for my mouth.”
What's normal?Forgetting names or appointments occasionally.




4. Disorientation to time and place.People with Alzheimer’s disease can become lost in their own neighborhood, forget where they are and how they got there, and not know how to get back home.
What's normal?Forgetting the day of the week or where you were going




5. Poor or decreased judgment.Those with Alzheimer’s may dress inappropriately, wearing several layers on a warm day or little clothing in the cold. They may show poor judgment, like giving away large sums of money to telemarketers.
What's normal?Making a questionable or debatable decision from time to time.




6. Problems with abstract thinking.Someone with Alzheimer’s disease may have unusual difficulty performing complex mental tasks, like forgetting what numbers are for and how they should be used.
What's normal?Finding it challenging to balance a checkbook.




7. Misplacing things.A person with Alzheimer’s disease may put things in unusual places: an iron in the freezer or a wristwatch in the sugar bowl.
What's normal?Misplacing keys or a wallet temporarily.




8. Changes in mood or behavior. Someone with Alzheimer’s disease may show rapid mood swings – from calm to tears to anger – for no apparent reason.
What's normal?Occasionally feeling sad or moody.




9. Changes in personality.The personalities of people with dementia can change dramatically. They may become extremely confused, suspicious, fearful or dependent on a family member.
What's normal?People’s personalities do change somewhat with age.




10. Loss of initiative.A person with Alzheimer’s disease may become very passive, sitting in front of the TV for hours, sleeping more than usual or not wanting to do usual activities.
What's normal?Sometimes feeling weary of work or social obligations.






Khamis, 23 April 2009

Pengumuman

Malam ni aku akan balik rumah pil kat Teluk Intan. Kalau tak ada aral melintang (lalu kat Hutan Melintang jerrrr...) aku akan bersiaran dari sana. Kalau ada masalah dengan broadband connection (selalu kena kalau balik TI) aku akan kembali Ahad malam atau Isnin...



Sementara aku & family membalikkan diri ke kampung (dah lama tak balik since raya cina) korang suma jangan sedey2, jangan rindu2 aku tau..jaga diri bebaik... muaahhhh!! :x



(korang jgn geli baca ek... saja rasa tergedik2 sekarang ni. Baru nak mempacking ken baju..)

TAG Dari CikJeela

:: TAG Hanya Kamu ::


Apa nama penuh anda?
Noor Haimi Binti Abdul Hamid

Nama apa yang anda harap itu nama anda?
Nama apa ek... isy dah ok dah nama ni. Tak ramai yang ada nama ni tau! Kalau ada sorang dua yang serupa atau hampir sama pun, empunyanya adalah seorang jejaka ;)


Sebab tu masa belajar dulu, cikgu & lecturer senang ingat.. tapi yang tak bestnya asik kena panggey jawab soklan je ler...


Post 4 pictures korang yang eksklusif yang takde sape tengok lagi.
Ooo..nak yang eksklusif yea... cuba tengok bawah ni. Cukup eksklusif tak?

Poster ni sapa pernah tengok? OTW balik kg kat tepi highway... ada?? Takde kaannn... so eksklusif la ni. Eksklusif pada korang yang baca n3 tag ni ;p


Ni foto Alya masa dia mendarat kat bulan..Tak pernah tayang kat orang lagi sebab Alya kata nanti dia tak cukup masa rehat.. asik kena buat ceramah motivasi jek...



Sapa pernah tengok keta ni kat jalanraya?? Ha..watch out kehadirannya.. 1st time publish gambo nih..


Ni pulak gambo Mr Saddam..ada pihak2 yg jeles sengaja sabotaj segmen ni kuar masa earth hour haritu..masa tu suma org tutup tv, switch off letrik..so ni eksklusif lah ni..


Apa kenangan paling bermakna dalam jiwa raga anda?
1. Masa kena risik & dipinang - Rasa gedik2 masa tu pun ada gak. Maklumlah, dah laku ;D
2. Masa bersalinkan Alya - Tak sangka aku dapat melahirkan secara normal.., tanpa epidural


Apa prinsip hidup anda?
Jadi diri sendiri-tak hipokrit
Practice makes perfect


Apa perangai anda yang paling buruk?
psst..psst..jgn beritau org lain
bila terpegang sesuatu dgn tgn (yg aku dah tau benda tu kotor/busuk) aku suka bau balik. Walaupunnn... lepas tu aku muntah belilik...aku tetap nak bau jugak!!


Tagkan 10 orang kenalan anda
fuuhhh... ramainya sampai 10 org. ok aku letak je nama kat sini, tapi kalau korang dah buat takyah la buat lagi..
1. putri 1
2.ummu abdullah syakir - baru kenal beberapa jam :)
3.ibu arifa dalila
4. azie
5.fara adura
6.nrina tulip manis
7.naurah
8.mummy dasy
9.leeza
10.irfa

Rabu, 22 April 2009

Gadis & Bunga

Ingat tak n3 yang lepas2 aku ada stori mori pasal Alya pun dok tanam bunge. Haaa... bunga dah berkembang dah.. dah lama gak dekat 2 minggu lepas cuma tak sempat nak tayang kat sini.



Kelakar tengok 1st reaction Alya bila nampak bunga dia dah mekar. Tengok je lah gambar kat bawah ni. Senyum lebar tak sempat2 nak bukak kasut, salin baju, bukak tudung... yang dia ingat nak posing dengan bunga..



Lama dia dok belek & bercakap2 la...nyanyi untuk bunga la... siram bunga la... bangga tul dia!






Nasib baik hari bunga tu berkembang hari Rabu..kat sekolah Alya hari Rabu pakai baju sukan. At least dia dok lama kat luar belek bunga tu selesalah sikit dengan t-shirt tu. Kalau pakai uniform mau berlemuih!


Aku biarkan aje dia menikmati hasil titik peluh dia tu... berbaloi kan..?? Memang berbaloi... walaupunnn...(bunganya sekuntum cuma :p)


Selasa, 21 April 2009

Hari Kasih Sayang :x


Hari ni mood aku baik. Mungkin juga aku terpengaruh dengan Alya yang giat membuat kad untuk 'Hari Saya Sayang Awak'. Hari untuk perayaan apa tu..?? Jangan tanya aku sebab aku pun blur dengan explanation dia ;P

Sehubungan dengan situasi kasih sayang yang melimpah ruah ni, aku nak berkongsi dengan geng2 blogger. Dijemput semua kengkawan yang tersenarai dan juga follower terchenta untuk mengambil sedikit cenderahati ini. Sila.... jangan malu. Kalau tak ambik aku merajuk tauu..

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Isnin, 20 April 2009

Malam Berinai...

Wat saspen je baca tajuk kat atas. Kenapa? Malam berinai kan selalu dikaitkan dengan pengantin...berinai keciklah, berinai besarlah... Ehem, ehem.. (aku mention MALAM BERINAI je tau... ;p)
Hmm.. ekceli takde sapa pun yang kawin cuma projek aku 2 beranak..huhuhu...!!



Wahhh... anak dara suntiku ini. Nak melawa sampai 10 jari. Semangat nak cantik punya pasal sampai makan pun tak lalu..



Jeng...jeng....jeng.... ni tangan mak dara enterframe. Waduh..waduh..waduh..kok tembam sekali jarinya ya... sampai cincin nikah pun dah tak muat... :( uwaaaa...!!!!


TAG Dari Kakyong

TAG FAVOURITE PHOTO @ PHOTOFUNIA



1st, download your favourite photo using effects at http://www.photofunia.com/






1. Do you think you are HOT?
Of course bebeh.... hot mama (ahaks..!) & HOT TEMPERED ;P

2.Why do you like this picture?
Rasa syahdu & sejuukkkk je mata memandang. kaannnn....??

3. When was the last time you ate pizza?
Dlm bulan 2, masa b'day adik pompan bongsu..



4.The last song you listen to?
"...ape yg penting, kerjasama...ape yg penting, kerjasama.... iniii....serious!"(hehehe...masa nk bukak blog ni ada promo wonderpets kat tv daa...)



5.What are you doing right now beside this?
Mengunyah... jambu batu dgn serbuk asam ;d


6.What name you prefer besides yours?
Ok la nama ni...& nama sebenar..suka sgt!.

Dulu masa belajar, join kengkawan class bhs perancis. Dlm class tu diorg guna nick name..aku pun gatal pakai nama ANASTASIA ;)) Ada satu hari tu kuar pi town bebudak perancis dok panggey Anastasia...! Anastasia...! Aku buat selamba badak je.. Bila ada kengkawan ckp, "Eh bdk tu panggil ko la..." Baru aku sedar itu nick name aku...




7. People to tag
1-fara adura 2-suziey 3-ibu arifa 4-kirana 5-mama aqish


8.Who is no.1?
fara adura..baru je kenal dia ni tp dia mengingatkan aku pada sorang kawan lama yg hilang tanpa jejak... suke tgk anak daranya-sofea yg kiut bertudung


9.No.3 is having relationship with?
ibu arifa dah ada asben dah...& sorg bb pompan comey


10.Say something about no.5
mama aqish tgh sibuk mengira undian utk 'Pertandingan Bayi Comel' yg dianjurkannya sendiri..hmm..sgt berkerja keras okey..


11.How about no.4?
kirana.. dok kat seremban, dah ada sepasang cahaya mata..juga org pertama yg telah men'tag' aku!


12.Who is no.2?
suziey..ada anak teruna-aqeel yg mempunyai renungan mata yg mendebarkan!!!


13. Others
tak ada others2.. tag 5 org ni pun silap2 kena maki... kalau tag ramai2 mau kena sumpah lak. isyyy... takutttttttttttttttttt.



Sabtu, 18 April 2009

Award Lagi... Meh, Masuk Ambik Meh...

Minggu ni minggu murah rezeki. Dari awal minggu aritu dapat award. Ni dapat lagi dari kakyong... :) kakyong letak macam2 award & mengizinkan geng blogger amik yang mana berkenan. Aku dengan tamak & halobanya amik lebih dr satu hehehe... (kakyong kata buleh ;P)



Yang ni pulak dari mummydasy.. :) I adore ur blog too...




Bila dah banyak terima award tu, dengan ini, aku dengan rendah hati dan ikhlasnya menghadiahkan award ni untuk semua geng2 blogger ku yg tersayang :x


Kamu semua telah menambah keceriaan hidupku......