Jom Klik-klik Sini..

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Isnin, 13 April 2009

Menu Hujung Minggu :d

Jarang Mr Saddam dapat bersama di hujung minggu. So, bila sesekali ada bersama, dihidangkanlah juadah favouritenya.. Sebenarnya gambar lupa nak ambik dek kerana asyik masyuk makan. Bila dah tinggal seketul baru teringat. Inilah dia 'Ayam Panggang Madu Chef Pumpkin' :D



Sebabnya masa tengah sibuk meratakan bahan2 perapan ayam, Alya dok membebel ala2 chef Hells Kitchen tuh. Letak ini la.., letak itu la... Ni tak cukupla.., tu kurang la..issyyy budak nih...









Ni pulak sebenarnya Kek Marble Susu last week. Ingat dah hilang gambar dia. Rupa2nya ada dok terselit. Resepi ni aku ambik dari blog are. Sedap kek ni (hehehe...sesekali lupa diet takpe kaannnn...) Cumanya, 1st time buat kek marble ni, dia punya corak marble kurang menjadi la.. Apa2 pun, yummy!! Bebila rajin nak try buat lagi cecantik & sedap ;d




Sabtu, 21 Mac 2009

On Diet 2nd Day


2nd day ni ada rasa dizzy skit la..maybe badan terkezut bila start makan yang rebus & bakar. Iyelah, selama ni dok pulun makanan yang berkalori & berkolestrol tinggi. Takpe.. itu semua cabaran nak menguji tahap 'kesetiaan' pada plan diet yang dah dirancang.. ecewahh..:P

Hari ni masak Asam Rebus..

Bahan-bahan:

Ikan (guna daging pun sodap)

Cili kering, bawang besar,bawang putih-blend

Belacan (optional)

Bunga Kantan

Asam keping, Garam, Perasa

Air

Caranya : Masuk semua bahan, rebus sampai ikan masak. Kalau nak masuk sayur lain macam sayur keladi ke, tomato ke, bendi ke, pun ok.

Jumaat, 20 Mac 2009

Menu diet :D




Hehehe..Hari ni cabaran mengurangkan kilo(s) & inci(s) bermula..Ia dimulakan dengan menukar tabiat makan. Nak kurus secara sihat & semulajadi..so, kenalah pelan-pelan janji selamat. Ok..menu hari ni masak Pindang Orang Rumah.. ;P


Sonang jo masak eh..



Bahan-bahannya:

Ikan (suka hatilah nak ikan apa..ikut citarasa)



Cili Padi



Asam Keping



Bawang Besar



Bunga Kantan



Serbuk Kunyit, Garam, Perasa



Cara: Masuk bahan dalam periuk & rebus sampai ikan masak..



Memula ingat nak hirup sambil ratah ikan & ulam je..tetiba tak jadi lak..lapar sangat masa tu. So, ambil la nasi sesenduk..



Rabu, 18 Mac 2009

Chocolate Moist Cake



Huhu.. Inilah kek Chocolate Moist yang disebut tadi. Cara buatnya senang je.. Aku belajar dari adik Mr. Saddam. Kek ni memang moist, lembut & tak jemu makan. Kat sini, aku abadikan resepinya..


Bahan buat kek:

1 cawan planta

1 cawan gula pasir halus

1 1/4 cawan tepung gandum

1 cawan susu pekat

3 biji telur

2 sudu besar serbuk koko

1 penutup esen vanilla

baking powder

soda bikabornat

kek stabilizer
Caranya: Bancuhkan satu persatu sampai sebati semuanya. Bakar 165 darjah, 30 minit


Untuk topping:

1 cawan susu pekat

1/2 bar cooking chocolate

2 sudu tepung gandum

secubit garam

1/2 cawan air suam


Caranya: Masakkan semuanya dengan api perlahan sampai pekat
Senang kan.. :D