Kasih sayang dari geng2 blogger amat tebal sekali. Walau tak pernah bersua muka, namun award sebagai tanda persahabatan seringkali menghiasi laman mayaku ini :) Dari ummieisya..
Hari ni mood aku baik. Mungkin juga aku terpengaruh dengan Alya yang giat membuat kad untuk 'Hari Saya Sayang Awak'. Hari untuk perayaan apa tu..?? Jangan tanya aku sebab aku pun blur dengan explanation dia ;P
Sehubungan dengan situasi kasih sayang yang melimpah ruah ni, aku nak berkongsi dengan geng2 blogger. Dijemput semua kengkawan yang tersenarai dan juga follower terchenta untuk mengambil sedikit cenderahati ini. Sila.... jangan malu. Kalau tak ambik aku merajuk tauu..
Minggu ni minggu murah rezeki. Dari awal minggu aritu dapat award. Ni dapat lagi dari kakyong... :) kakyong letak macam2 award & mengizinkan geng blogger amik yang mana berkenan. Aku dengan tamak & halobanya amik lebih dr satu hehehe... (kakyong kata buleh ;P)
Yang ni pulak dari mummydasy.. :) I adore ur blog too...
Bila dah banyak terima award tu, dengan ini, aku dengan rendah hati dan ikhlasnya menghadiahkan award ni untuk semua geng2 blogger ku yg tersayang :x