Jom Klik-klik Sini..

Memaparkan catatan dengan label Macam-macam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam-macam. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Oktober 2009



Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Lama betul rasanya tak mengirim berita kat sini. Banyak betul rasanya cerita yang nak diceritakan. Macam-macam kisah ada. Dari suka sampailah yang duka berjuraian air mata. Tapi bagi tak menghilangkan mood raya yang sepatutnya happy, so...kita enjoy!

Sekejap je AidilFitri dah masuk minggu hari ke-14. Bagi member blog yang dok kat Klang & sekitarnya, jemputla ke rumah ek.. Akak tak buat open house..tapi kalau nak datang, rumah akak sentiasa terbuka ;)

Ahad, 3 Mei 2009

Ala...takutnya! Sib baik aku tak meroyan...!!!

1 Mei aritu, cam biasa tatkala free, aku bukak blog & blogwalking. Memula aku pi blog fara adura & tinggalkan komen. Ok. Suma berjalan lancar. Kemudian aku jengah plak blog Suziey. Sehari sebelum tu, suziey ada cerita ttg masalah 'blank' yg berlaku kat blog dia & aku pun ada tanya camana nak backup blog. Yessss..!! Mama Aqeel yg baik hati tu ada buat tutorial ttg backup blog. Aku pun salinnn....



Untuk mengaplikasikan apa yang telah diajar, aku pun balik ke blog aku. Tetibaaa jeeee...



lip lap...lip lap....





uwaaaaaa......!! blog aku blank!!!!!! pastu dia popup byk2 cam suziey cite tuh!!!!



huhhh!!!!! gelabah aku. Aku pun apalagi...terus shut down.



Hari ni, (3 Mei) baru aku berani bukak blog. Itu pun bukak dgn penuh saspen..



...sib baik blog ni masih wujud. Kalau tak...meroyan tahap repunzel aku!!!

Jumaat, 24 April 2009

Najmi Minum Susu Alya..?? Boleh ke...??!!

Petang tadi, bil aku datang rumah mil bawa anak sulungnya, bb Najmi. Diorang dok kat Teluk Intan gak tapi kawasan rumah berlainan. Ma Najmi tak ikut sama sebab belum balik keje. Rindulah sebab dah lama tak tengok Najmi. Sekarang dah 5 bulan lebih, dah pandai meniarap & senyum2.



Lepas makan angin luar rmh aku & Lya bawak Najmi masuk rumah sebab hari nak Maghrib. Masa tu aku perasan si Najmi dok hisap tangan. Mil ckp Najmi mmg suka isap tangan. Kenkadang dua2 tangan dia dok nyonyot.



Masuk dalam rumah, Najmi dok merengek. Bil kata kasi air kosong yang dia bawak. Aku pun kasilah tapi Najmi tolak dgn lidah. Mil datang, dia kata Najmi ni gayanya cam nak susu je.....



Bil jd gelabah. Anaknya dah meraung. Puas aku & mil berganti tangan bawak dia kat kipas takut panas @ kena gigit nyamuk. Nak tau mana bil aku pegi....???



--





--



--



--



--





Balik rumah ambik susu anak!!!!!!!



Bertuah punya adik ipaq. Bawak anak 5 bulan jalan bekal air o je....???



Tak sanggup dengar si Najmi meraung sampai serak suara Mr Saddam buat susu dalam botol air o Najmi..



Bila sampai je susu tu ke dalam mulut Najmi terus dia diam & menangkap puting susu.. Najmi minum... habisssssss



....

.... pastu merengek lagi. Mr Saddam kata biar dia tambah lagi. Ada lebihan susu dia bancuh dalam cawan.



Aku tertanya2 gak.., susu apa yg hubby ku itu bancuh...???





--

--

--

Nak tau apa Mr Saddam jawab?? Dapat agak kann... Dah tulis kat tajuk tuuuuu....

Susu Alya... :)



Persoalannya di sini, boleh ke bb 5 bulan minum susu budak 5 tahun? Tak memudaratkan ke..??