Jom Klik-klik Sini..

Isnin, 5 Oktober 2009

Alya + sakit mata

Petang Sabtu masa adik aku datang beraya, aku memang dah perasan mata kiri Alya cam merah sikit. Ala-ala kena gigit nyamuk gitu. Aku diamkan ajelah. Lagipun Alya tengah seronok memain dengan sepupu dia ligat-Aisy Irfan.

Tetiba malam sekitar pukul 2 am Alya terbangun. Dia tanya kenapa mata dia 'berat'? MasyaAllah... aku tengok bengkak kat mata dia makin besar. Mata dah menyepet. Aku pun suruh dia baring & aku titik ubat mata permata hijrah kaler biru tu. Ubat mata tu sejuk je.. & aku soh dia tido..

Siangnya bawak Alya pegi klinik. Doktor kata macam kena jangkitan ala-ala bisul tapi matanya kat dalam kelopak mata. Tu yang tak nampak apa-apa punat macam ketumbit biasa. Tapi sakit mata tu tak berjangkit kata doktor.. sebab tak berair @ bertaik mata. Lega sikit aku..


-gambar nanti2 lah ye.. malas nak upload. Kes terlebih makan kuih raya la nih..hehehe ;P


Sabtu, 3 Oktober 2009



Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Lama betul rasanya tak mengirim berita kat sini. Banyak betul rasanya cerita yang nak diceritakan. Macam-macam kisah ada. Dari suka sampailah yang duka berjuraian air mata. Tapi bagi tak menghilangkan mood raya yang sepatutnya happy, so...kita enjoy!

Sekejap je AidilFitri dah masuk minggu hari ke-14. Bagi member blog yang dok kat Klang & sekitarnya, jemputla ke rumah ek.. Akak tak buat open house..tapi kalau nak datang, rumah akak sentiasa terbuka ;)