Jom Klik-klik Sini..

Jumaat, 27 Mac 2009

Pokok kari ku..



Inilah pokonya..nampak tak daun atas dah gugur. tak lama lagi abis togel sepokok
(hehe..abaikan semak samun keliling pokok tu ye..keje mencabut rumput hubby dah chop..utk dikerjakan di hujung minggu)



Ni pokok jiran sebelah.. pun serupa...





Apa kenalah dengan pokok kari ni.. dah setahun bela tapi besar takat tu je.. apa yg aku perasan pokok kari ni (aku punya la..org lain punya tak tau) dia macam ada virus. Dah elok2 cantik merimbun tetiba... gugur daun.




Inilah yg terjadi pada pokok kari aku sekarang. Haritu elok je.. semalam petang masa nak siram aku perasan ada benda putih2.. haa...bila ada benda tuh, daun kari mula la gugur! Ni baru gugur sikit. Esok lusa habis luruh semua..





Dah dok membuang benda putih tu baru aku teringat nak ambik gambar..so, tak dapatlah tunjuk apa kebendanya yg putih tuh...





Masih tak puas hati, aku skodeng lak pokok kari rumah sebelah..beria2 nak ambik gambar. Nasib baik tuannya keje..hehehe..





Pokok kari rumah sebelah pun samalah!! Haritu tengok elok je.. tapi la ni, daun start gugur gak.. Nak kata berjangkit dengan pokok kari aku atau pokok kari aku berjangkit dengan pokok orang sebelah...hmmm..... tak mungkin la.. pokok dia dgn pokok aku jauh sebatu!




Tapi nape ye..?? Memang tabii pokok kari macam tu atau aku yg tak reti jaga?? Macam mana nak buat benda putih tu tak lekat kat pokok kari?? Sebab aku rasa benda tu la penyebabnya...




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan