Jom Klik-klik Sini..

Jumaat, 15 Mei 2009

Penting Ni..Baca Tau!!

Kecanggihan teknologi sekarang buat orang jadi gila!! Aku cakap diorang ni gila sebab menyalahguna teknologi dgn buat keje2 laghro. Apa taknya.., sampai nak melepas hajat pun rasa tak selamat sekarang. Ada skodeng guna handfon la.., kamera tersorokla.. & la ni 2 way mirror. (Teknologi 2 way mirror ni digunapakai kat dlm AF. Kalau peratikan kat akademi tu penuh cermin tapi sebenarnya 2 way mirror utk merakam segala aktiviti dlm akademi tu..selain 2 bijik kamera si angelina & si brad pittt..tapi taklah diletak smpi ke bilik termenung..!!!)



Kpd yg belum tau, jom kita baca sama2 tip yg diberikan. Ni penting ni supaya kita taklah jd mangsa keadaan. Aku dapat dari emel..



HOW TO DETECT A 2-WAY MIRROR

When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms, changing rooms & etc. How many of you know for sure that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall is a real mirror, or actually a 2-way mirror (i.e., they can see you, but you can't see them).There have been many cases of people installing 2-way mirrors in female changing rooms. It is very difficult to positively identify the surface by just looking at it. So, how do we determine with any amount of certainty what type of mirror we are looking at?

Just conduct this simple test: Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is a GENUINE mirror. However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE, FOR IT IS A 2-WAY MIRROR!

So remember, every time you see a mirror, do the 'fingernail test.' It doesn't cost you anything. It is simple to do, and it might save you from getting 'visually raped'! This is a really good thing to do. The reason there is a gap on a real mirror, is because the silver is on the back of the mirror UNDER the glass. As a two-way mirror, the silver is on the surface. Keep it in mind!

Ladies: Share this with your girl friends. Men: Share this with your wives, daughters and/or girlfriend or friends. PASS THIS ON FOR OWN SAFETY

Rabu, 13 Mei 2009

I'm Back!!!

Assalamualaikum.



Rindunyaaa aku kat korang suma. Lama betul rasanya tak bersiaran (ek elee..cam siaran tv lak ;P). Tapi apa leh buat. Demam melanda. Rasanya dah lama gak aku tak demam teruk camni. Abis Alya & Mr Saddam aku jangkitkan sama. Memang kali ni sambutan Mother's Day paling lesu. Tapi Mr Saddam bawak gak aku & Alya kuar makan. Tapi iyelah.., selera orang demam. Makan pun sekadar makan je laa.. Nak ambik gambar pun tak bernapsu ;D. So, kenangan dalam lipatan ingatan je la.



Dah recover dari demam nih, cuaca kat sini lak jerebu. Ada kebakaran kecik kat kebun sebelah kawasan perumahan aku. 2-3 hari gak bomba dok melepak padam api. Takut2 ada api terpendam dalam tanah gambut.



Hmm.. macam tak meriahkan, entri tanpa gambar. Takpa.., nanti aku kumpul tenaga yg baru pulih ni, buat entri baru.., upload gambo bebanyak :)



chiaw..!!

Jumaat, 8 Mei 2009

Selamat Hari Ibu!!!!

(nyanyi dgn nada lagu selamat hari jadi)
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Ibu Buat Semua Ibu..
Selamat Hari Ibuuuuuu...!!!!

Istimewakan jadi ibu. Ada satu hari khas yg dibuat bg mengenang jasa ibu. Walau aku kini dah memegang title ibu, aku masih seorang anak kepada wanita waja bernama Ani Samiyah Jaffor.

Kalau nak dicerita budi & jasa ibu kepada aku.., takut banjir kilat melanda. Tapi cukuplah aku nyatakan bahawa pengorbanan ibuku sering membuat egoku luluh. Dalam lembut tutur bicaranya terselit ketegasan. Dalam riuh senda guraunya terhimpun kasih mesra.

Ibuku jenis orang yang tak meluahkan kata sayang. Semasa kecil dulu, sewaktu aku masih tak mengerti apa yg dikatakan body language, aku selalu tersalah tebak. Aku suka membanding-bandingkan cara layanan ibuku dengan gerak laku ibu rakan rapatku. Jadi, untuk mendapatkan sesuatu 'kata sayang' itu, aku sering buat hal. Tapi ibu, mengertilah bahawa semua yg kulakukan dulu itu hanyalah kerana dambakan luahan luaran kasih ibu.

Kini, setelah meningkat usia, baru aku faham bahawa telahanku terhadap ibu silap. Ibu memang seperti ibu-ibu mithali yg lain. Cuma, cara dan pendekatan ibu yg berbeza.

Sempena Hari Ibu ini, ingin aku katakan bahawa aku semakin mengenali isi hati ibu. Aku semakin sayang ibu dan aku semakin rindu pada saat-saat indah kita dulu, kini dan hari-hari seterusnya.

Selamat Hari Ibu juga buat semua rakan alam mayaku. Hayati hari indah kita sebagai ibu. Walau apa jua panggilan si anak pada kita..ummi,mummy,mama,mak,bonda...kita tetap ibu mereka dunia akhirat.



Selasa, 5 Mei 2009

Alya & Ucu Ateh

Alya & Ucu Atehnya memang kamceng. Hari Ahad aritu Ucu Ateh datang. Ucu Ateh bagi Lya main game mekap2 kat laptopnya...





Aksi senyum lebar sambil sebut "cheeseeeeeee"


Pastu tukar lak sebut "kejuuuuuuu"



Balik sekolah tadi, Alya tanya boleh tak bukakkan yahoo.com? Dia nak main game yang kat laptop Ucu Ateh. Ucu Ateh kata game tu kat yahoo.com.


Alya bukak laptop aku, memandai je klik kat 'internet explorer' tu...



Abis laaa.......... anak aku dah gian main game online...






Isnin, 4 Mei 2009

Nota Rindu Buat Ayahtok

Luahan seorang cucu buat atok terchenta...

Nota rindu (buat Ayahtok aka atok Klang) ni Alya tulis minggu lepas sejurus kami balik dari Teluk Intan. Baru seminggu tak jumpa Ayahtok dah main tulis2 nota.. Jiwang betul anak daraku ini.



Iyalah... cucu atoklah katakan... Lya pandai bodek Ayahtoknya kalau nak apa2 yg dia pasti takkan dapat dari mama & papa :D

Sebenarnya rumah kitorang dengan rumah Ayahtok & Nenek sepelaung je.. Taman sebelah2..dlm 10 minit dah boleh sampai & selalunya dalam seminggu adalah 2-3 kali jumpa ayahtok. Kalau tak singgah rumah, kitorang caling2 minum teh tarik kat kedai sama2. Tu la agaknya bila lama sikit tak jumpa Ayahtoknya.., tulis nota bagai....



Ahad, 3 Mei 2009

Nak Cantik? Jom Makan Budu :d

Memula aku baca tajuk rencana kat Kosmo nih.., nak tergelak pun ada. Dalam serius ada pulak lawaknya. Betul ke dengan HANYA makan budu kita boleh cantik.., awet muda..??



Ni antara kajian2 yang dibuat untuk menyokong statement ttg budu tu. Antaranya :



*Dari pakar pemakanan Jepun, AS, Australia, NZ & Jerman - budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksida yg mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk KANSER!

*Dari Uni. Carolina Utara, AS - unsur genestin & phytoestrogen dlm budu boleh lambatkan penuaan & cegah barah payudara

*kajian rambang - pengambilan 150g budu sehari selama 2 minggu dapat turunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan

*budu berpotensi cegah cirit-birit & turunkan kolestrol darah, juga sakit jantung & hipertensi

*budu boleh jadikan seseorang LEBIH PINTAR kerana ia merangsang sel otak & membantutkan pertumbuhan bakteria yg menyebabkan kembung perut




Hah...kalau masih was2 nak makan budu tp still nak awet muda, cubalah kosmetik dari budu nih.. Cayalah..!! budu pun dah jadi kosmetik..boleh tempek2 kat muka. Lepas ni harga budu sure naik mencanak. Tak lama lagi, status budu pun naiklah... bukan lagi makanan orang kampung, petani, nelayan tp VVIP cakapluuuuu...



psst..psst.. - moh kita oder budu!!! sapa ada jual??



psst..psst..lagi - mr saddam ku, marilah cuba memakan budu. cuba sikit dulu yea..sempena anniversary kita..okayyy ;)



Ala...takutnya! Sib baik aku tak meroyan...!!!

1 Mei aritu, cam biasa tatkala free, aku bukak blog & blogwalking. Memula aku pi blog fara adura & tinggalkan komen. Ok. Suma berjalan lancar. Kemudian aku jengah plak blog Suziey. Sehari sebelum tu, suziey ada cerita ttg masalah 'blank' yg berlaku kat blog dia & aku pun ada tanya camana nak backup blog. Yessss..!! Mama Aqeel yg baik hati tu ada buat tutorial ttg backup blog. Aku pun salinnn....



Untuk mengaplikasikan apa yang telah diajar, aku pun balik ke blog aku. Tetibaaa jeeee...



lip lap...lip lap....





uwaaaaaa......!! blog aku blank!!!!!! pastu dia popup byk2 cam suziey cite tuh!!!!



huhhh!!!!! gelabah aku. Aku pun apalagi...terus shut down.



Hari ni, (3 Mei) baru aku berani bukak blog. Itu pun bukak dgn penuh saspen..



...sib baik blog ni masih wujud. Kalau tak...meroyan tahap repunzel aku!!!