Jom Klik-klik Sini..

Memaparkan catatan dengan label Celoteh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Celoteh. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mei 2009

I'm Back!!!

Assalamualaikum.



Rindunyaaa aku kat korang suma. Lama betul rasanya tak bersiaran (ek elee..cam siaran tv lak ;P). Tapi apa leh buat. Demam melanda. Rasanya dah lama gak aku tak demam teruk camni. Abis Alya & Mr Saddam aku jangkitkan sama. Memang kali ni sambutan Mother's Day paling lesu. Tapi Mr Saddam bawak gak aku & Alya kuar makan. Tapi iyelah.., selera orang demam. Makan pun sekadar makan je laa.. Nak ambik gambar pun tak bernapsu ;D. So, kenangan dalam lipatan ingatan je la.



Dah recover dari demam nih, cuaca kat sini lak jerebu. Ada kebakaran kecik kat kebun sebelah kawasan perumahan aku. 2-3 hari gak bomba dok melepak padam api. Takut2 ada api terpendam dalam tanah gambut.



Hmm.. macam tak meriahkan, entri tanpa gambar. Takpa.., nanti aku kumpul tenaga yg baru pulih ni, buat entri baru.., upload gambo bebanyak :)



chiaw..!!

Jumaat, 8 Mei 2009

Selamat Hari Ibu!!!!

(nyanyi dgn nada lagu selamat hari jadi)
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Ibu Buat Semua Ibu..
Selamat Hari Ibuuuuuu...!!!!

Istimewakan jadi ibu. Ada satu hari khas yg dibuat bg mengenang jasa ibu. Walau aku kini dah memegang title ibu, aku masih seorang anak kepada wanita waja bernama Ani Samiyah Jaffor.

Kalau nak dicerita budi & jasa ibu kepada aku.., takut banjir kilat melanda. Tapi cukuplah aku nyatakan bahawa pengorbanan ibuku sering membuat egoku luluh. Dalam lembut tutur bicaranya terselit ketegasan. Dalam riuh senda guraunya terhimpun kasih mesra.

Ibuku jenis orang yang tak meluahkan kata sayang. Semasa kecil dulu, sewaktu aku masih tak mengerti apa yg dikatakan body language, aku selalu tersalah tebak. Aku suka membanding-bandingkan cara layanan ibuku dengan gerak laku ibu rakan rapatku. Jadi, untuk mendapatkan sesuatu 'kata sayang' itu, aku sering buat hal. Tapi ibu, mengertilah bahawa semua yg kulakukan dulu itu hanyalah kerana dambakan luahan luaran kasih ibu.

Kini, setelah meningkat usia, baru aku faham bahawa telahanku terhadap ibu silap. Ibu memang seperti ibu-ibu mithali yg lain. Cuma, cara dan pendekatan ibu yg berbeza.

Sempena Hari Ibu ini, ingin aku katakan bahawa aku semakin mengenali isi hati ibu. Aku semakin sayang ibu dan aku semakin rindu pada saat-saat indah kita dulu, kini dan hari-hari seterusnya.

Selamat Hari Ibu juga buat semua rakan alam mayaku. Hayati hari indah kita sebagai ibu. Walau apa jua panggilan si anak pada kita..ummi,mummy,mama,mak,bonda...kita tetap ibu mereka dunia akhirat.



Khamis, 23 April 2009

Pengumuman

Malam ni aku akan balik rumah pil kat Teluk Intan. Kalau tak ada aral melintang (lalu kat Hutan Melintang jerrrr...) aku akan bersiaran dari sana. Kalau ada masalah dengan broadband connection (selalu kena kalau balik TI) aku akan kembali Ahad malam atau Isnin...



Sementara aku & family membalikkan diri ke kampung (dah lama tak balik since raya cina) korang suma jangan sedey2, jangan rindu2 aku tau..jaga diri bebaik... muaahhhh!! :x



(korang jgn geli baca ek... saja rasa tergedik2 sekarang ni. Baru nak mempacking ken baju..)

Isnin, 20 April 2009

Malam Berinai...

Wat saspen je baca tajuk kat atas. Kenapa? Malam berinai kan selalu dikaitkan dengan pengantin...berinai keciklah, berinai besarlah... Ehem, ehem.. (aku mention MALAM BERINAI je tau... ;p)
Hmm.. ekceli takde sapa pun yang kawin cuma projek aku 2 beranak..huhuhu...!!



Wahhh... anak dara suntiku ini. Nak melawa sampai 10 jari. Semangat nak cantik punya pasal sampai makan pun tak lalu..



Jeng...jeng....jeng.... ni tangan mak dara enterframe. Waduh..waduh..waduh..kok tembam sekali jarinya ya... sampai cincin nikah pun dah tak muat... :( uwaaaa...!!!!


Khamis, 16 April 2009

Apa Pendapat Para Ibu Semua??

Macam-macam cabaran jadi ibu dalam zaman ni. Pada pendapat akulah, untuk menjadi ibu (sekarang) yang baik memang memerlukan banyak kesabaran, komunikasi yg efektif & daya kreativiti yang tinggi. Kengkadang buntu dibuatnya dengan karenah anak (walaupun baru sorang dah pening...) Kengkadang pula aku rasa kalah... yang kengkadang buat aku rasa bersalah.


So, di sini aku nak mintak pendapat semua ibu, mama, ummi, mummy, bonda...


Apa yg anda akan buat kalau...




Situasi 1
Lokasi: Dapur Masa : Malam


Si ibu tengah membasuh pinggan selepas makan malam. Dia terlihat anaknya mengambil jus dari peti ais.


"Lya, malam2 tak elok minum manis2. Kejap lagi nak tido. Nanti gigi cepat rosak, senang dapat kencing manis.."

"Eh ma.. ni kan jus..jus buah. Baik untuk kulit & mata kan... cam kat tv tu.. Ni kan air cam inner shine kan.. (dgn muka beria2 ala2 penceramah m.l.m) Nanti nak tido Lya gosok la gigi. pastu minum air kosong..."




Situasi 2
Lokasi: Rumah Nenek Masa: Petang

Alya masuk ke family hall berjumpa Ayahtok yang dah dekat 3 bulan sakit mata (bukan sakit mata yg biasa tu..)

"Nape mata Ayahtok ni?Tak baik-baik lagi ke.."

"Lya... apasal cakap camtu.. tak baik, dosa tau"

"Eh..tak la ma... Lya nak tau sebab nak ajar Ayahtok ni baca doa kesihatan. Kan doa tu boleh untuk badan, telinga & mata..."
"Ayahtok... ikut Lya baca doa tau..."



Situasi 3

Lokasi: Bilik Tido Masa: Malam

"Ma... apasal papa selalu balik malam.. selalu tido kat tempat work..??"

"Papa outstation la Lya... tu pasal papa kena tido sana. Tempat work tu jauh.. Papa cari duit untuk kita..."

"Tapi bapak-bapak orang lain tu boleh pulak balik rumah awal-awal.. tak payah tido2 pun kat tempat work dia.."



Situasi 4
Lokasi : Ruang tamu Masa : Petang

Peenn.. Peenn...Kedengaran hon papa.

"Lya... papa baliikkk..!!!"

Lya yang tengah mengadap tv bangun meluru ke muka pintu. Lepas salam peluk papa...

"Pa... mana duitnya..."

"Duit apa..??"

"Iyalah.. papa outstation kan sebab carik duit... mana duitnya..."





Khamis, 9 April 2009

Satu Transformasi Akan Berlaku.... ;p

Hahaha...baca tajuk kat atas? Ingat AF7 je ada transformasi..? Hehehe..laman rumahku juga akan mengalami transformasi tak lama lagi. Antara klue2 nya:


Ni la kawasan yang bakal diberi nafas baru. Kecik je...ala2 sekangkang anak kera spesis kenit & kaki pendek :D


A haa.. Apa plak kena mengena dengan batu refleksologi nih...?? Teka..teka...


Pandangan dari sisi lain. 2 pasu kecik tu hasil 'green finger' Alya :)














Selasa, 7 April 2009

Bila Makcik Bizi....


Sehari dua ni ke'busy'an melanda. Nak tau apa yg dibizikan sangat, nantilah cite kat entri lain kalau dah ada penyelesaiannya kelak yeee....


Hmmm.., bila dah terkejar sana sini, time soru pun melompat-lompat gak. Sib baik ada Gardenia Delicia Butterscotch.. (hey..cam iklan lak.. berangan jd duta rotilah jap.. ;P) Sedapnya roti ni hingga tak terkata. Alya pun suka. sekali dia mengadap roti boleh hilang setengah buku!!



Sampai sini saja buat kali ni... ada byk benda lagi nak buat. Arrrgggghhhh!!! Makcik bizi nihhh...!! Nanti update lagi naaa....