Jom Klik-klik Sini..

Selasa, 31 Mac 2009

Kasut futsal vs Kasut Bola

13 April ni besday Mr Saddam..hubby ku terchenta...

Ni la masalahnya...nak bg apa ek.. Kalau setakat makan2 no hal punya tp tak da kenangan lak..

Tadi sepergian (ada ke perkataan tu??) Mr Saddam ke tempat kerja aku bukak la cupboard dia..dok mengecek apa2 benda/barang yg perlu diganti & dijadikan hadiah. Hasilnya.....hampeh. Seluar banyak melambak sampai ada yg bagi org.. baju complete. Wallet..baru je dia tukar 3-4 bulan lepas. Kasut pun byk.... apa ek??

...............

............. ok ada idea tapi ......................


Nak tanya suma yg baca entri ni kasut futsal & kasut bola ada beza tak??


Sebabnya, ada lah terdengar niat Mr Saddam ni nak main bola kat padang belakang rumah tuh.. tapi kenkadang bebudak kat situ main futsal kat kawasan bersimen tu......... yg gol dia kecik sikit dari gol biasa tu futsal kan..??? pastu main tak ramai dlm 5 org je kaannnnnnnn....

hehehe........nampak sangat aku ni kaki bangku..tak ambik pot pasal sukan2 nih...


psstt..psst.. - masa tulis tajuk entri teringat lak kat EF yg berlakon cite Mertua vs Menantu. Congrats dapat EA



Isnin, 30 Mac 2009

Bila Alya ikat rambut..



Si pumpkin Alya ni memang susah sungguh bila disuruh ikat rambut. Dah memang perangai dia dari kecik pantang diikat rambut..tak sampai 10 minit dah terlerai ikatan. Kengkadang dok merajuk gak dengan si pumpkin ni.. Mama dia punyalah beria ikat dgn macam2 jenis getah..bereben la., bermanik la.., yang ada gambo kartun2 la..
Pernah masa diajak ikat rambut tup...tup...eh, mana pi suma getah rambut nih...???
Hah.., tak lain tak bukan keje dia la yang menyorokkan getah tu.. Nak dipotong pendek rambut tu..., pun taknak gak...nak biar panjang macam Acu konon.
Tapi semenjak 2menjak 'terperasan' dengan pujian sorang neighbour yang 'berangan' nak bermenantukan Alya ni (hehehe..adeke?? aku sbnrnya tak layan dgn plan jodoh2 masa kecik ni) anakku ini dah bolehla diikat rambutnya...
Pulak doh... ada perasaan jugak ke si pumpkin nih...? Isy.. jangan dibuat2. Awak tu belum cukup 5 tahun pun lagi. Jangan dilayan perah-santan tuuuu...
psst..psst. - Acu tu my sil

Ahad, 29 Mac 2009

Gelagat Alya

Tengah hari Jumaat ketika jemput my pumpkin balik sekolah...

"Ma.. Ma.. tadi kat sekolah semua budak clap hands untuk Lya"
"Oo ye ke? Lya bercerita depan class lagi ke..?"
"Tak.. Lya baca doa kesihatan. Memula teacher soh budak lelaki tapi diorang tak mau..pastu teacher Mas panggil Lya.."
"Lya bacalah eh.."
(angguk)
"Lya baca kuat-kuat..
(sambil menggayakan)
"Allahumma-'afini fi badani..Allahumma-'afini fi basori..Allahumma-'afini fi sam'i.."
"Wa.. terernya..!! Pastu teacher cakap apa?"
(dgn gaya teacher Mas)
"Waahhh... cekapnya Batrisyia.. Lepas ni Batrisyia hafal ayat Kursi pulak yee.."



Selepas makan malam...

"Ma.. bila nak ajar Lya ayat Kursi ni..?"
"Ok, lepas ni kita naik atas..mama ajar hafal ayat Kursi ok.."
"Ala lambat betullah..kan teacher Mas baru cakap Lya cekap.., nanti kalau esok Lya tak dapat hafal... buat malu je.."

Macam tu la perangai anak daraku ni. Kalau nak sesuatu tak pernah boleh tangguh.. tapi bila bab pelajaran ni aku pujilah.. Cuma satu je.. aku takut dia terlalu tension. Iyalah, baru tadika dah berkobar semangat.. Dia kena tau or hafal dulu sebelum orang lain.. Ape-ape pun.. Alhamdulillah \m/


psst..psst.. - kat sekolah teacher panggil my pumpkin dengan nama Batrisyia.. singkatan Nur Batrisyia Alya.. :)



Jumaat, 27 Mac 2009

Pokok kari ku..



Inilah pokonya..nampak tak daun atas dah gugur. tak lama lagi abis togel sepokok
(hehe..abaikan semak samun keliling pokok tu ye..keje mencabut rumput hubby dah chop..utk dikerjakan di hujung minggu)



Ni pokok jiran sebelah.. pun serupa...





Apa kenalah dengan pokok kari ni.. dah setahun bela tapi besar takat tu je.. apa yg aku perasan pokok kari ni (aku punya la..org lain punya tak tau) dia macam ada virus. Dah elok2 cantik merimbun tetiba... gugur daun.




Inilah yg terjadi pada pokok kari aku sekarang. Haritu elok je.. semalam petang masa nak siram aku perasan ada benda putih2.. haa...bila ada benda tuh, daun kari mula la gugur! Ni baru gugur sikit. Esok lusa habis luruh semua..





Dah dok membuang benda putih tu baru aku teringat nak ambik gambar..so, tak dapatlah tunjuk apa kebendanya yg putih tuh...





Masih tak puas hati, aku skodeng lak pokok kari rumah sebelah..beria2 nak ambik gambar. Nasib baik tuannya keje..hehehe..





Pokok kari rumah sebelah pun samalah!! Haritu tengok elok je.. tapi la ni, daun start gugur gak.. Nak kata berjangkit dengan pokok kari aku atau pokok kari aku berjangkit dengan pokok orang sebelah...hmmm..... tak mungkin la.. pokok dia dgn pokok aku jauh sebatu!




Tapi nape ye..?? Memang tabii pokok kari macam tu atau aku yg tak reti jaga?? Macam mana nak buat benda putih tu tak lekat kat pokok kari?? Sebab aku rasa benda tu la penyebabnya...




















Khamis, 26 Mac 2009

'Tragedi Sedut Lemak'






Pagi tadi lepas hantar Alya sekolah, aku singgah kedai.. Macam biasalah beli breakfast & newspaper. Tapi mamak kedai paper kata hari ni paper lambat sampai.. datang dalam kul 9..





Alamak..hari ni breakfast sambil melengung je la...





Tengahari, lepas ambik my pumpkin, singgahla beli paper..tak sah rasa hidup kalau tak baca sok kabar ni..walaupun online news ada tapi tak sama la...





Tetiba mataku tertumpu pada headline Kosmo! (rujuk kat atas sebelah kiri) Citenya (mungkin ada yg dah baca tp yg belum lebih kurang ginilah..) Wanita malang ni buat liposuction sebanyak 14 kali sejak 2 tahun dulu.. Lebih berani ia dibuat tanpa pengetahuan suami (suami pernah melarang jgn teruskan lipo). Kali terakhir, semalam (Rabu 25 Mac) arwah mengalami muntah2 sebaik disuntik ubat pelali yang seterusnya membawa maut.

Innalillah.. Takziah..

Benda dah berlaku, kita bukan nak cari salah siapa tapi nak memperingatkan diri sendiri & rakan2..(kalau benda baik tak salah kongsi kann..)


1. JGN terlalu obses nak cantik. Sapa tak nak cantik & dilihat sempurna tapi.., buat berpada2

2. JGN abai nasihat/pandangan sang suami. Kalau dah dia kata JGN means jgn la walau hati pedih meronta

3. Ikutlah pepatah lama 'Biar lambat asalkan selamat' (ni ayat pujuk diri sendiri..maklum, tengah berdiet ni..lambat sungguh jarum timbang nak bergerak)

4. Buatlah rawatan pada doktor/pakar yang berdaftar/ada lesen

5. Aaa.. Lu pikir la sendiri... :P



psst..psst..- aku bukanlah pandai sangat tapi setiap yg baik tu dtg dari Allah swt.. yg buruk tu datang dari kejahilan diri sendiri



Rabu, 25 Mac 2009

Wanita

Baru je masukkan lagu ni guna web music.. saja nak feeling2 carilah lirik dia.. so, inilah dia..


Wanita - Siti Nurhaliza

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini


Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa

Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..


(Korus I)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia


(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..


(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanitaaaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus I) (2x)

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita…
woohoo..Ku Wanita…
ooo…Wanita…



-lirik dr i-cinta.com-



Tutup Lampu 60 Minit




Sabtu ni, bermula 8.30 malam jom kita pakat padamkan lampu sat.. tak lama mana pun. 60 minit a.k.a satu jam.. Terlepas Konsert AF7 30 minit je apa ada hal..
Ingatlah petikan PSA kat radio tuh.. "Kita tidak mewarisi dunia dari ibubapa kita sebaliknya kita meminjamnya dari anak-anak kita.."
Selama satu jam bergelap tuh, bole la kita ber romantik2 dengan candle light dinner.. Yang ada anak2 kecik yg aktif tuh, moh kita dirikan khemah kat laman rumah..ala2 camping gitu.. tak pun, kalau ada masa, bawaklah pi camping bebetul..best woo! Makan bbq style.., bole main cerita ceriti depan unggun api..
Hmm..apapun cara anda, mohlah kita lakukan sesuatu untuk donia..walaupun kecik sumbangan tuh, tapi amat bermakna untuk jangka masa panjang..
Selamatkan Duniaku.. Hidup Dunia!!!
:D

Selasa, 24 Mac 2009

Tipu kanan..Tipu Kiri..


Ini front page Metro Ahad lepas..kisah artis-artis mesia yang kena tipu dengan sorang makhluk tuhan yang digelar mr s.. bukan setakat artis je yang kena 'kapoor' dengan mr s ni. Lecturer & business man pun terpedaya dengan janji manis si polan yang disifatkan lemah lembut dan manis mulut.
Tapi bukan kisah diorang yang nak ku perhebahkan.. Kisah aku ni.. yang pernah kena hal yang lebih kurang serupa..
Benda ni terjadi sekitar 1996..Masa tu aku student part 1 Mass Comm. Sebelum cuti semester bermula datanglah 2 orang makhluk ni ke school aku berjumpa dekan. Tengok gaya cam orang korporat..(dengan tie & baju gosok side tajam tuh..) Diorang meng'ofer' job buat research & tulis skrip untuk satu doku-drama 13 episod..(wah.. doku-drama tu... calang2 org yg dapat job cam nih..) Oleh kerana percaya & yakin dengan plan & presentation si korporat tuh, pak dekan pun mengarahkan studentnya terima job tu..
Kitorang masa tu apalagi..memang happy bebenor..Iyalah, terisi skitlah masa cuti & yang pentingnya poket tebal..;P Dipendekkan cite, kerja-kerja yang sepatutnya pun dijalankan dengan jayanya.. Pak Dekan puas hati & serahkan hasilnya pada si polan-si polan tu..
Tunggu punya tunggu punya tunggu... eh... tak nampak-nampak hasilnya... bila student call dorang marah-marah kononnya kitorang ni ganggu kerjala.. bila pak dekan call... senyap sunyi.. kalau jawab pun macam-macam alasannya...
Sampai ke hari ni lebuurrr....
Tu lah dia.. manusia yang berlagak korporat konon...tapi keparat yang lebe.. pandai putar belit.. makan hasil tenaga & titik peluh orang lain.. memang tak selamat dunia akhirat...
Bila baca cite & tengok gambo Waheeda dok nangis.... terasa balik sakitnya aku & geng masa tu..
Tu lah jugak antara sebab aku suka peram hasil kerja aku... Ada gak geng yang datang tanya apsal tak nak jual... ok pe cite yang aku buat tuh... aku diam je...nak cakap apa lagi? fobia la...
Doakan saja rezeki ku lebih..(kononnya nak buat production sendiri... untuk rugi..susah senang sendiri tanggung.. agak2 bole ke..? InsyaAllah..\m/)
:(
...

Isnin, 23 Mac 2009

rumah itu dulu duniaku...

Rumah itu dulu duniaku... Malam tadi aku mimpi lagi tentang rumah tu.. Hmm..entah macam mana nak dijelaskan..

Rasa rindu menumbuk-numbuk dada ni.. Iyalah.. Rumah itu dulu duniaku...

Esok, kalau ada masa dan keizinan, aku nak menjengah rumah itu.. Tak dapat masuk pun takpa.. Dari luar pun boleh asalkan rinduku pada kenangan-kenanganku di rumah itu terubat..



:(

Nak bawak bekal..nak bawak bekal..

"Ma esok mama masakkan Lya bekal ye.. Lya nak bawak bekal.."

"Eh.., nape lak? Kan kat skolah teacher kasi makan..? Teacher soh esok bawak bekal ke..?"

"Alaa....
(smbil hentak2 kaki) Lya tak nak makan masakan teacher... Lya nak mama masakkan.."

"Laa... nape lak ni..??"

"Lya suka masakkan mama... tak nak yg teacher punye.."


Ada ada sajelah My Pumpkin sorang ni.. Kengkadang manjanya terlebih pulak..

Dah lebih 3 bulan ok je makan makanan kat sekolah. Lepas je cuti seminggu macam-macam hal dia bikin..

Hmm..abis camno?? Esok ikutkan ajelah..Bekalkan dia something...risau lak dia mogok tak makan kat sekolah nanti.. Hai...anak...anak... :P


Sabtu, 21 Mac 2009

On Diet 2nd Day


2nd day ni ada rasa dizzy skit la..maybe badan terkezut bila start makan yang rebus & bakar. Iyelah, selama ni dok pulun makanan yang berkalori & berkolestrol tinggi. Takpe.. itu semua cabaran nak menguji tahap 'kesetiaan' pada plan diet yang dah dirancang.. ecewahh..:P

Hari ni masak Asam Rebus..

Bahan-bahan:

Ikan (guna daging pun sodap)

Cili kering, bawang besar,bawang putih-blend

Belacan (optional)

Bunga Kantan

Asam keping, Garam, Perasa

Air

Caranya : Masuk semua bahan, rebus sampai ikan masak. Kalau nak masuk sayur lain macam sayur keladi ke, tomato ke, bendi ke, pun ok.

Jumaat, 20 Mac 2009

Menu diet :D




Hehehe..Hari ni cabaran mengurangkan kilo(s) & inci(s) bermula..Ia dimulakan dengan menukar tabiat makan. Nak kurus secara sihat & semulajadi..so, kenalah pelan-pelan janji selamat. Ok..menu hari ni masak Pindang Orang Rumah.. ;P


Sonang jo masak eh..



Bahan-bahannya:

Ikan (suka hatilah nak ikan apa..ikut citarasa)



Cili Padi



Asam Keping



Bawang Besar



Bunga Kantan



Serbuk Kunyit, Garam, Perasa



Cara: Masuk bahan dalam periuk & rebus sampai ikan masak..



Memula ingat nak hirup sambil ratah ikan & ulam je..tetiba tak jadi lak..lapar sangat masa tu. So, ambil la nasi sesenduk..



Mencabar..Dicabar..!! Kilo..Inci..


Bermula 20 Mac 2009 ni..aku mencabar diriku sendiri untuk mengurangkan kilo dan inci..

Malu beb tengok diri sendiri dalam gambar.

Lagi satu, susah nak cari baju. Baju yang ada tu banyak yang dah tak muat. Kalau muat pun ala-ala sarung nangka je rupanya..

So, dengan berbekalkan azam, tekad, semangat yang jitu...cabaran itu akan bermula..kegarisan.. sedia.. go!!


hehehe.. Ini..serius..

Sebenarnya, disebalik kisah baju tak muat & buruk bergambar tu, ada satu lagi cerita yang menguatkan azam nak kurus ni.. Nantilah cerita bila ada perubahan kilo..

oo..lupa nak catat..

Berat terkini: 71kg (wooo...dah overweight tuh..)

Berat sasaran : 55kg

Camana Nak Bersihkan Chewing Gam Yang Melekat??

Ha..ha..ni nak kongsi satu petua berguna especially pada mak-mak orang yang ada anak yang tengah menakal & suka cuba benda baru.

Petuanya, cara nak hilangkan chewing gam kalau melekat kat baju ke, sofa ke..,

Caranya:

1. Ambil ais, balut dalam kain buruk yang bersih ;)
2. Tekapkan pada chewing gam yang melekat tadi.

Chewing gam tu akan jd beku, so senangla kita bersihkannya.. Tapi kadang-kadang menuntut kesabaran gak..kalau jumlah lekatnya banyak & disana sini..


Rabu, 18 Mac 2009

Chocolate Moist Cake



Huhu.. Inilah kek Chocolate Moist yang disebut tadi. Cara buatnya senang je.. Aku belajar dari adik Mr. Saddam. Kek ni memang moist, lembut & tak jemu makan. Kat sini, aku abadikan resepinya..


Bahan buat kek:

1 cawan planta

1 cawan gula pasir halus

1 1/4 cawan tepung gandum

1 cawan susu pekat

3 biji telur

2 sudu besar serbuk koko

1 penutup esen vanilla

baking powder

soda bikabornat

kek stabilizer
Caranya: Bancuhkan satu persatu sampai sebati semuanya. Bakar 165 darjah, 30 minit


Untuk topping:

1 cawan susu pekat

1/2 bar cooking chocolate

2 sudu tepung gandum

secubit garam

1/2 cawan air suam


Caranya: Masakkan semuanya dengan api perlahan sampai pekat
Senang kan.. :D

Jom Serang Rumah Alang Peace!!

Anak sedaraku AISY IRFAN RIZQIN. Yang bestnya, dia panggil aku MAMA!

Tuan rumah t-shirt putih, ehem ehem, ibuku, ayahtok & Nini

My Pumpkin (bertocang 2) & Echa Si Kembar..yang sorang lagi Sara ntah ke mana ntah


Hari Sabtu yang lepas (14 Mac) dah bermulalah cuti sekolah.. Memula Mr. Saddam cadang nak balik kampung kat Teluk Intan. Tup tup tak jadi sebab cuti tak approve..banyak isu bulan ni..hmm cam tu lah kalau jadi orang tv..

So, untuk tak spoilkan mood cuti tu, aku tetiba teringat nak pergi rumah adik. Dia baru beli rumah..(baru tak barulah..dari hujung tahun lepas dah boleh duduk) Jadi untuk memeriahkan suasana kat rumah adikku itu.., aku ajaklah mak ayah aku dan suruh adikku itu ajak mak ayah mertua dia. Aku umpankan kek buatan ku sebagai reason diorang MESTI datang.. hehehe..
Lepas lunch Sabtu tu, bermulalah projek buat kek CHOCOLATE MOIST. Aku buat 3 biji. 1 simpan rumah (hmm dah dimakan dek My Pumpkin sebaik je masak..panas-panas lagi..tanpa sempat ku buat toppingnye..) 2biji lagi bawa rumah adik untuk santapan semua..
Mana kek coklat tu?? Sat lagi ya.. Tayang kat entry yang lain..

Rabu, 11 Mac 2009

Maulidur Rasul

Hari ni- 10 Mac 2009 Alya sambut Maulidur Rasul kat sekolah. Teacher bawak diorang berarak dari sekolah (Jalan 2C), pusing ke Jalan 2E satu pusingan sebelum sampai semula ke sekolah..

Masa berarak sambil selawat Nabi tuh, cuaca nak hujan tapi the teachers tetap teruskan berarak. Sampai separuh jalan, keadaan yang macam nak hujan dengan angin & cuaca gelap slowly jadi tenang.. So, teacher beritau kat students yang ALLAH dah 'payungkan' diorang. Hujan tak jadi & angin pun dah reda..

ALHAMDULILLAH..\m/ Alya belajar sesuatu yang sungguh berguna, bermakna & menyentuh hati Mama..

Tadi, dalam pukul 8 lebih, Mr. Saddam ajak pergi kedai depan kawasan perumahan nih.. Katanya Alya mintak burger.. Mr. Saddam pun teringin nak minum teh tarik.. so, cadangannya nak ke kedai tuh naik motor je.. sweet & romantik je.. 3 beranak berhimpit & berpelukan atas kapcai hehehe.. ;p

Tapi, bukak je pintu depan hujan gerimis start nak turun..halus2 je dengan angin agak kuat gak. So.., aku cakap kat Alya suruh dia beritau papanya yang hari dah hujan.. bawak kereta je..

Alya tetiba cakap, "Ma..takpa, kita baca je 'SALLALLAH ALAIHI WASSALAM.. Nanti ALLAH akan payungkan kita.. hujan pun tak jadi.."

:D


Ahad, 8 Mac 2009

Sports Day


8 Mac 2009-Satu lagi hari bersejarah dalam hidup My Pumpkin Alya. Hari Sukan yang pertama!

Pagi-pagi lagi Alya dah terjaga. Tak payah nak kejut-kejut. Punyalah excited nak masuk sport.. Iyalah, dah 3 minggu dok praktis. Inilah masa kemuncaknya.. Dah tak sabar-sabar nak berlumba, marching, nyanyi dan macam-macam lagi yang dok diajar dek teacher sejak 3 minggu lalu.. Yang paling tak sabar nak ambik hadiah..hehe..

Tapi ni ada masalah sikitlah.. Mama ni tak tau awat gambo yang diupload keluar terbalik kot..yang upload 1st keluar last.., yg upload last keluar dulu.. hmm..pening! Nak edit tak reti.., nak upload balik tak larat nak menunggu eh... So, layan je la..




Ni dia penyokong setia Alya.. Amboiii..Alya dok show off present naa..


Lepas penat main teacher kasi makan ais krim, twiggies & mihun goreng. Tapi ais krim je yang Alya makan. Yang lenlain bawak balik rumah..


Huhu..dapatlah satu medal & satu lagi permainan masak-masak..jadilah buat kenangan.. Yang penting medal tu CHAMPION tau!


Turn Alya dapat hadiah..Ni menang 1st Chicken Dance ni


Amboihh..Alya terjenguk-jenguk..tak sabar kot tunggu dia punya turn


Beratur bebaik..nak ambik hadiah nih..

Ni la rupa puzzle yang disusun rupa orang tuh..

Mama, Nenek, Ayah Tok & Ucu Ateh merupakan penonton barisan depan!


go Alya go! go Alya go! Berat je nampak dia lari dalam 2nd game ni.. Sebabnya..Alya dah nak terkencing!! Sian dia..muka monyok je bila suruh tahan sekejap. Sib baik ada teacher dok pujuk. Alya ni kalau ada orang dok jek-jek dia ok la kejap walaupun masa tu tengah kritikal sangat.. Ikut perangai sapa tu ;p


Ni permainan ke-2..'Shape Ur Body' Permainan ala-ala puzzle..susun blok jadi bentuk orang


Green best..! Green best..!

1st game 'Chicken Dance'. Caranya, letak bola yang kengkononnya telor dalam kotak berlubang tuh..pastu lari sampai kotak hujung dan shake..shake..shake..kasi bola tu jatuh dalam kotak


Alya time ni dah nak terkencing tp teacher Tiya (yg ikat ponytail tu) pujuk soh tunggu satt.. je lagi. Game dah nak start dah..


Meh Alya posing dulu..daripada resah gelisah tunggu wakil rakyat dok berucap panjang beno. Macam kempen pilihanraya plak bunyiknya.. Bebudak lain dah resah gelisah. Ada yang nangis.., nak balik.., lapar.., haus.., macam-macam lagi lah gelagatnya. Budak-budak lah katakan.. :D


Papa belikan Alya chicken meatball. Makan alas perut kasi tenaga sikit nak berlari sat lagi..


Suasana padang An-Naim Jalan Kebun Klang. 5 cawangan Tadika An-Nizah Planet Bestari & Taska Planet Kecil berkumpul kat sini..


Wah.. bebudak ni masa tadika lagi dah ada lagu sekolah. Cayalah! Tapi lagu dia ikut melodi lagu 'Keranamu'. Lirik je yang lain..hehehe..


Mama lepak je bawah khemah..panas! Belakang mama yang pakai t-shirt merah tu mak Yasmin Syahirah.. Senior Alya.. Yasmin 6 years tapi bentuk badan & muka ada iras Alya sikit sampai teacher selalu confuse. Tapi tu masa bulan pertama sekolah la..sekarang dah ok..


huhu..beratur teangah panas sebelum marching..tapi time ni baru dalam 8.15am..takpe, matahari pagi ok..


Bilalah comand march nak start ni..Alya dah tak larat nak pandang depan..silau!!




Yang jalan belakang, t-shirt lengan oren tu penyelia tadika Alya.. nama dia Teacher Faiz tapi Alya selalu kata teacher ni muka cam Mak Lang Merdu..iye ke?? Ada sama ka..?? Agak-agak tang mana yang sama tu..?? hehehe.. ;P


Ni Tadika An-Nizah Planet Bestari cawangan Bandar Putera Klang..Alya mana?? Cuba perati.. Huh..nun di belakang sana. Alya pompan tertinggi kat sekolah ni. Yasmin walaupun fizikal lain nak sama tapi rendah sikit..agak-agak paras telinga Alya.. Jadi yang tertinggi ni ada pro & cons nye. Pro-budak-budak especially yang lelaki tak lah buli sesuka hati.. Cons-asyik kena tolong teacher buat keje je..padam white board la, pegang buku teacher la.. dan satu lagi..kena dok belakang..hmm.. Alhamdulillah atas semua kurniaan-Nya. Amin \m/


Sebelah kiri Alya tu budak lelaki tertinggi dalam sekolah. Nama dia Darshan. Dok selang satu rumah je dari rumah kitorang


Suasana dari khemah ibubapa


Kat khemah peserta..teachers.., rileks..jangan kalut..



Masa ni time dalam pukul 7.50am.. Kitorang sampai dalam 7.45am. Mama terpaksa pusing-pusing cari khemah Alya..maklumlah, ada banyak cawangan tadika nih. Kitorang cawangan Bandar Putera. Rupanya khemah berlangsir hijau. Eh, kebetulan sama colour dengan rumah sukan Alya.. Lepas hantar Alya, teacher kasi cap GREEN tanda Alya GREEN HOUSE..GREEN best!! GREEN best!! Gitulah lebih kurang sorakan group dia..hehehe...