Petang Sabtu masa adik aku datang beraya, aku memang dah perasan mata kiri Alya cam merah sikit. Ala-ala kena gigit nyamuk gitu. Aku diamkan ajelah. Lagipun Alya tengah seronok memain dengan sepupu dia ligat-Aisy Irfan.
Tetiba malam sekitar pukul 2 am Alya terbangun. Dia tanya kenapa mata dia 'berat'? MasyaAllah... aku tengok bengkak kat mata dia makin besar. Mata dah menyepet. Aku pun suruh dia baring & aku titik ubat mata permata hijrah kaler biru tu. Ubat mata tu sejuk je.. & aku soh dia tido..
Siangnya bawak Alya pegi klinik. Doktor kata macam kena jangkitan ala-ala bisul tapi matanya kat dalam kelopak mata. Tu yang tak nampak apa-apa punat macam ketumbit biasa. Tapi sakit mata tu tak berjangkit kata doktor.. sebab tak berair @ bertaik mata. Lega sikit aku..
-gambar nanti2 lah ye.. malas nak upload. Kes terlebih makan kuih raya la nih..hehehe ;P
Jom Klik-klik Sini..
Isnin, 5 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kesiannyer alya kena sakit mata..cepat2 sembuh yer Alya :)
BalasPadamalahai kesiannya.. semoga cepat sembuh ya alya
BalasPadam