Jom Klik-klik Sini..

Jumaat, 8 Mei 2009

Selamat Hari Ibu!!!!

(nyanyi dgn nada lagu selamat hari jadi)
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Ibu Buat Semua Ibu..
Selamat Hari Ibuuuuuu...!!!!

Istimewakan jadi ibu. Ada satu hari khas yg dibuat bg mengenang jasa ibu. Walau aku kini dah memegang title ibu, aku masih seorang anak kepada wanita waja bernama Ani Samiyah Jaffor.

Kalau nak dicerita budi & jasa ibu kepada aku.., takut banjir kilat melanda. Tapi cukuplah aku nyatakan bahawa pengorbanan ibuku sering membuat egoku luluh. Dalam lembut tutur bicaranya terselit ketegasan. Dalam riuh senda guraunya terhimpun kasih mesra.

Ibuku jenis orang yang tak meluahkan kata sayang. Semasa kecil dulu, sewaktu aku masih tak mengerti apa yg dikatakan body language, aku selalu tersalah tebak. Aku suka membanding-bandingkan cara layanan ibuku dengan gerak laku ibu rakan rapatku. Jadi, untuk mendapatkan sesuatu 'kata sayang' itu, aku sering buat hal. Tapi ibu, mengertilah bahawa semua yg kulakukan dulu itu hanyalah kerana dambakan luahan luaran kasih ibu.

Kini, setelah meningkat usia, baru aku faham bahawa telahanku terhadap ibu silap. Ibu memang seperti ibu-ibu mithali yg lain. Cuma, cara dan pendekatan ibu yg berbeza.

Sempena Hari Ibu ini, ingin aku katakan bahawa aku semakin mengenali isi hati ibu. Aku semakin sayang ibu dan aku semakin rindu pada saat-saat indah kita dulu, kini dan hari-hari seterusnya.

Selamat Hari Ibu juga buat semua rakan alam mayaku. Hayati hari indah kita sebagai ibu. Walau apa jua panggilan si anak pada kita..ummi,mummy,mama,mak,bonda...kita tetap ibu mereka dunia akhirat.



9 ulasan:

  1. Betul tu.. cara pendekatan setiap IBU mmg berBEZA!!

    Apa pun tanpa IBU siapalah KITA!!

    Sayangi IBU!!

    BalasPadam
  2. joe - anak bongsu manja mak nih :D

    mamaqaypo - betul..betul..betul..Selamat Hari Ibu!!!

    BalasPadam
  3. hapy mothers day kak dinie..erkk aniversary jgk ke hari ni? happy anniversary..waa lama tuu:)

    BalasPadam
  4. salam dinie,

    selamat hari ibu.. jemput ambik hadiah jambangan bunga di blog kakyong
    http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/makbonda-ku.html

    BalasPadam
  5. suziey - tq.. a ah sambutan berkembar :) mmg dh lama & maksudnya dh t*u gak. uwaaa..

    kakyong - tq..rajin tul la kakyong ni tp i likee the jambangan munge :D

    BalasPadam
  6. slm kak dinie.lama xtinggal jejak.hopefully kak sihat2 je.slmt hari ibu & happy anniversary yg ke 9 yer.smoga kekal bahagia!

    BalasPadam
  7. syareena - tq

    ummi salsabila - 2 u 2!! tq..tq :)

    BalasPadam