Jom Klik-klik Sini..

Jumaat, 20 Mac 2009

Menu diet :D




Hehehe..Hari ni cabaran mengurangkan kilo(s) & inci(s) bermula..Ia dimulakan dengan menukar tabiat makan. Nak kurus secara sihat & semulajadi..so, kenalah pelan-pelan janji selamat. Ok..menu hari ni masak Pindang Orang Rumah.. ;P


Sonang jo masak eh..



Bahan-bahannya:

Ikan (suka hatilah nak ikan apa..ikut citarasa)



Cili Padi



Asam Keping



Bawang Besar



Bunga Kantan



Serbuk Kunyit, Garam, Perasa



Cara: Masuk bahan dalam periuk & rebus sampai ikan masak..



Memula ingat nak hirup sambil ratah ikan & ulam je..tetiba tak jadi lak..lapar sangat masa tu. So, ambil la nasi sesenduk..



Mencabar..Dicabar..!! Kilo..Inci..


Bermula 20 Mac 2009 ni..aku mencabar diriku sendiri untuk mengurangkan kilo dan inci..

Malu beb tengok diri sendiri dalam gambar.

Lagi satu, susah nak cari baju. Baju yang ada tu banyak yang dah tak muat. Kalau muat pun ala-ala sarung nangka je rupanya..

So, dengan berbekalkan azam, tekad, semangat yang jitu...cabaran itu akan bermula..kegarisan.. sedia.. go!!


hehehe.. Ini..serius..

Sebenarnya, disebalik kisah baju tak muat & buruk bergambar tu, ada satu lagi cerita yang menguatkan azam nak kurus ni.. Nantilah cerita bila ada perubahan kilo..

oo..lupa nak catat..

Berat terkini: 71kg (wooo...dah overweight tuh..)

Berat sasaran : 55kg

Camana Nak Bersihkan Chewing Gam Yang Melekat??

Ha..ha..ni nak kongsi satu petua berguna especially pada mak-mak orang yang ada anak yang tengah menakal & suka cuba benda baru.

Petuanya, cara nak hilangkan chewing gam kalau melekat kat baju ke, sofa ke..,

Caranya:

1. Ambil ais, balut dalam kain buruk yang bersih ;)
2. Tekapkan pada chewing gam yang melekat tadi.

Chewing gam tu akan jd beku, so senangla kita bersihkannya.. Tapi kadang-kadang menuntut kesabaran gak..kalau jumlah lekatnya banyak & disana sini..


Rabu, 18 Mac 2009

Chocolate Moist Cake



Huhu.. Inilah kek Chocolate Moist yang disebut tadi. Cara buatnya senang je.. Aku belajar dari adik Mr. Saddam. Kek ni memang moist, lembut & tak jemu makan. Kat sini, aku abadikan resepinya..


Bahan buat kek:

1 cawan planta

1 cawan gula pasir halus

1 1/4 cawan tepung gandum

1 cawan susu pekat

3 biji telur

2 sudu besar serbuk koko

1 penutup esen vanilla

baking powder

soda bikabornat

kek stabilizer
Caranya: Bancuhkan satu persatu sampai sebati semuanya. Bakar 165 darjah, 30 minit


Untuk topping:

1 cawan susu pekat

1/2 bar cooking chocolate

2 sudu tepung gandum

secubit garam

1/2 cawan air suam


Caranya: Masakkan semuanya dengan api perlahan sampai pekat
Senang kan.. :D

Jom Serang Rumah Alang Peace!!

Anak sedaraku AISY IRFAN RIZQIN. Yang bestnya, dia panggil aku MAMA!

Tuan rumah t-shirt putih, ehem ehem, ibuku, ayahtok & Nini

My Pumpkin (bertocang 2) & Echa Si Kembar..yang sorang lagi Sara ntah ke mana ntah


Hari Sabtu yang lepas (14 Mac) dah bermulalah cuti sekolah.. Memula Mr. Saddam cadang nak balik kampung kat Teluk Intan. Tup tup tak jadi sebab cuti tak approve..banyak isu bulan ni..hmm cam tu lah kalau jadi orang tv..

So, untuk tak spoilkan mood cuti tu, aku tetiba teringat nak pergi rumah adik. Dia baru beli rumah..(baru tak barulah..dari hujung tahun lepas dah boleh duduk) Jadi untuk memeriahkan suasana kat rumah adikku itu.., aku ajaklah mak ayah aku dan suruh adikku itu ajak mak ayah mertua dia. Aku umpankan kek buatan ku sebagai reason diorang MESTI datang.. hehehe..
Lepas lunch Sabtu tu, bermulalah projek buat kek CHOCOLATE MOIST. Aku buat 3 biji. 1 simpan rumah (hmm dah dimakan dek My Pumpkin sebaik je masak..panas-panas lagi..tanpa sempat ku buat toppingnye..) 2biji lagi bawa rumah adik untuk santapan semua..
Mana kek coklat tu?? Sat lagi ya.. Tayang kat entry yang lain..

Rabu, 11 Mac 2009

Maulidur Rasul

Hari ni- 10 Mac 2009 Alya sambut Maulidur Rasul kat sekolah. Teacher bawak diorang berarak dari sekolah (Jalan 2C), pusing ke Jalan 2E satu pusingan sebelum sampai semula ke sekolah..

Masa berarak sambil selawat Nabi tuh, cuaca nak hujan tapi the teachers tetap teruskan berarak. Sampai separuh jalan, keadaan yang macam nak hujan dengan angin & cuaca gelap slowly jadi tenang.. So, teacher beritau kat students yang ALLAH dah 'payungkan' diorang. Hujan tak jadi & angin pun dah reda..

ALHAMDULILLAH..\m/ Alya belajar sesuatu yang sungguh berguna, bermakna & menyentuh hati Mama..

Tadi, dalam pukul 8 lebih, Mr. Saddam ajak pergi kedai depan kawasan perumahan nih.. Katanya Alya mintak burger.. Mr. Saddam pun teringin nak minum teh tarik.. so, cadangannya nak ke kedai tuh naik motor je.. sweet & romantik je.. 3 beranak berhimpit & berpelukan atas kapcai hehehe.. ;p

Tapi, bukak je pintu depan hujan gerimis start nak turun..halus2 je dengan angin agak kuat gak. So.., aku cakap kat Alya suruh dia beritau papanya yang hari dah hujan.. bawak kereta je..

Alya tetiba cakap, "Ma..takpa, kita baca je 'SALLALLAH ALAIHI WASSALAM.. Nanti ALLAH akan payungkan kita.. hujan pun tak jadi.."

:D


Ahad, 8 Mac 2009

Sports Day


8 Mac 2009-Satu lagi hari bersejarah dalam hidup My Pumpkin Alya. Hari Sukan yang pertama!

Pagi-pagi lagi Alya dah terjaga. Tak payah nak kejut-kejut. Punyalah excited nak masuk sport.. Iyalah, dah 3 minggu dok praktis. Inilah masa kemuncaknya.. Dah tak sabar-sabar nak berlumba, marching, nyanyi dan macam-macam lagi yang dok diajar dek teacher sejak 3 minggu lalu.. Yang paling tak sabar nak ambik hadiah..hehe..

Tapi ni ada masalah sikitlah.. Mama ni tak tau awat gambo yang diupload keluar terbalik kot..yang upload 1st keluar last.., yg upload last keluar dulu.. hmm..pening! Nak edit tak reti.., nak upload balik tak larat nak menunggu eh... So, layan je la..




Ni dia penyokong setia Alya.. Amboiii..Alya dok show off present naa..


Lepas penat main teacher kasi makan ais krim, twiggies & mihun goreng. Tapi ais krim je yang Alya makan. Yang lenlain bawak balik rumah..


Huhu..dapatlah satu medal & satu lagi permainan masak-masak..jadilah buat kenangan.. Yang penting medal tu CHAMPION tau!


Turn Alya dapat hadiah..Ni menang 1st Chicken Dance ni


Amboihh..Alya terjenguk-jenguk..tak sabar kot tunggu dia punya turn


Beratur bebaik..nak ambik hadiah nih..

Ni la rupa puzzle yang disusun rupa orang tuh..

Mama, Nenek, Ayah Tok & Ucu Ateh merupakan penonton barisan depan!


go Alya go! go Alya go! Berat je nampak dia lari dalam 2nd game ni.. Sebabnya..Alya dah nak terkencing!! Sian dia..muka monyok je bila suruh tahan sekejap. Sib baik ada teacher dok pujuk. Alya ni kalau ada orang dok jek-jek dia ok la kejap walaupun masa tu tengah kritikal sangat.. Ikut perangai sapa tu ;p


Ni permainan ke-2..'Shape Ur Body' Permainan ala-ala puzzle..susun blok jadi bentuk orang


Green best..! Green best..!

1st game 'Chicken Dance'. Caranya, letak bola yang kengkononnya telor dalam kotak berlubang tuh..pastu lari sampai kotak hujung dan shake..shake..shake..kasi bola tu jatuh dalam kotak


Alya time ni dah nak terkencing tp teacher Tiya (yg ikat ponytail tu) pujuk soh tunggu satt.. je lagi. Game dah nak start dah..


Meh Alya posing dulu..daripada resah gelisah tunggu wakil rakyat dok berucap panjang beno. Macam kempen pilihanraya plak bunyiknya.. Bebudak lain dah resah gelisah. Ada yang nangis.., nak balik.., lapar.., haus.., macam-macam lagi lah gelagatnya. Budak-budak lah katakan.. :D


Papa belikan Alya chicken meatball. Makan alas perut kasi tenaga sikit nak berlari sat lagi..


Suasana padang An-Naim Jalan Kebun Klang. 5 cawangan Tadika An-Nizah Planet Bestari & Taska Planet Kecil berkumpul kat sini..


Wah.. bebudak ni masa tadika lagi dah ada lagu sekolah. Cayalah! Tapi lagu dia ikut melodi lagu 'Keranamu'. Lirik je yang lain..hehehe..


Mama lepak je bawah khemah..panas! Belakang mama yang pakai t-shirt merah tu mak Yasmin Syahirah.. Senior Alya.. Yasmin 6 years tapi bentuk badan & muka ada iras Alya sikit sampai teacher selalu confuse. Tapi tu masa bulan pertama sekolah la..sekarang dah ok..


huhu..beratur teangah panas sebelum marching..tapi time ni baru dalam 8.15am..takpe, matahari pagi ok..


Bilalah comand march nak start ni..Alya dah tak larat nak pandang depan..silau!!




Yang jalan belakang, t-shirt lengan oren tu penyelia tadika Alya.. nama dia Teacher Faiz tapi Alya selalu kata teacher ni muka cam Mak Lang Merdu..iye ke?? Ada sama ka..?? Agak-agak tang mana yang sama tu..?? hehehe.. ;P


Ni Tadika An-Nizah Planet Bestari cawangan Bandar Putera Klang..Alya mana?? Cuba perati.. Huh..nun di belakang sana. Alya pompan tertinggi kat sekolah ni. Yasmin walaupun fizikal lain nak sama tapi rendah sikit..agak-agak paras telinga Alya.. Jadi yang tertinggi ni ada pro & cons nye. Pro-budak-budak especially yang lelaki tak lah buli sesuka hati.. Cons-asyik kena tolong teacher buat keje je..padam white board la, pegang buku teacher la.. dan satu lagi..kena dok belakang..hmm.. Alhamdulillah atas semua kurniaan-Nya. Amin \m/


Sebelah kiri Alya tu budak lelaki tertinggi dalam sekolah. Nama dia Darshan. Dok selang satu rumah je dari rumah kitorang


Suasana dari khemah ibubapa


Kat khemah peserta..teachers.., rileks..jangan kalut..



Masa ni time dalam pukul 7.50am.. Kitorang sampai dalam 7.45am. Mama terpaksa pusing-pusing cari khemah Alya..maklumlah, ada banyak cawangan tadika nih. Kitorang cawangan Bandar Putera. Rupanya khemah berlangsir hijau. Eh, kebetulan sama colour dengan rumah sukan Alya.. Lepas hantar Alya, teacher kasi cap GREEN tanda Alya GREEN HOUSE..GREEN best!! GREEN best!! Gitulah lebih kurang sorakan group dia..hehehe...