Jom Klik-klik Sini..

Khamis, 16 April 2009

Apa Pendapat Para Ibu Semua??

Macam-macam cabaran jadi ibu dalam zaman ni. Pada pendapat akulah, untuk menjadi ibu (sekarang) yang baik memang memerlukan banyak kesabaran, komunikasi yg efektif & daya kreativiti yang tinggi. Kengkadang buntu dibuatnya dengan karenah anak (walaupun baru sorang dah pening...) Kengkadang pula aku rasa kalah... yang kengkadang buat aku rasa bersalah.


So, di sini aku nak mintak pendapat semua ibu, mama, ummi, mummy, bonda...


Apa yg anda akan buat kalau...




Situasi 1
Lokasi: Dapur Masa : Malam


Si ibu tengah membasuh pinggan selepas makan malam. Dia terlihat anaknya mengambil jus dari peti ais.


"Lya, malam2 tak elok minum manis2. Kejap lagi nak tido. Nanti gigi cepat rosak, senang dapat kencing manis.."

"Eh ma.. ni kan jus..jus buah. Baik untuk kulit & mata kan... cam kat tv tu.. Ni kan air cam inner shine kan.. (dgn muka beria2 ala2 penceramah m.l.m) Nanti nak tido Lya gosok la gigi. pastu minum air kosong..."




Situasi 2
Lokasi: Rumah Nenek Masa: Petang

Alya masuk ke family hall berjumpa Ayahtok yang dah dekat 3 bulan sakit mata (bukan sakit mata yg biasa tu..)

"Nape mata Ayahtok ni?Tak baik-baik lagi ke.."

"Lya... apasal cakap camtu.. tak baik, dosa tau"

"Eh..tak la ma... Lya nak tau sebab nak ajar Ayahtok ni baca doa kesihatan. Kan doa tu boleh untuk badan, telinga & mata..."
"Ayahtok... ikut Lya baca doa tau..."



Situasi 3

Lokasi: Bilik Tido Masa: Malam

"Ma... apasal papa selalu balik malam.. selalu tido kat tempat work..??"

"Papa outstation la Lya... tu pasal papa kena tido sana. Tempat work tu jauh.. Papa cari duit untuk kita..."

"Tapi bapak-bapak orang lain tu boleh pulak balik rumah awal-awal.. tak payah tido2 pun kat tempat work dia.."



Situasi 4
Lokasi : Ruang tamu Masa : Petang

Peenn.. Peenn...Kedengaran hon papa.

"Lya... papa baliikkk..!!!"

Lya yang tengah mengadap tv bangun meluru ke muka pintu. Lepas salam peluk papa...

"Pa... mana duitnya..."

"Duit apa..??"

"Iyalah.. papa outstation kan sebab carik duit... mana duitnya..."





11 ulasan:

  1. hahaha!! klako laa Lya.. byk mulut minah comey neh..

    Mama~~papa x bawa balik duit ler... ekeke

    BalasPadam
  2. cerdiknya mulut dia,macam bertih goreng

    BalasPadam
  3. ada kawan nenek panggil Alya Kak Nam 10 :D

    BalasPadam
  4. yg last skalik kena sedas kan haha

    ok la kak..dia tak lasak ..lasak mulut jer..tak pa ... :)

    BalasPadam
  5. Ya Allah, mulut cam bertih goreng..bijak tul mengatur kata²..ni kan jus buah

    BalasPadam
  6. tu la, bdk2 skrg ni mmg pandai & bijak2 semua. klu kita dulu..xberani nk jawab balik..hehe..

    kdg2 menguji kesabaran gak kan..tp mereka la Permata hati & nyawa kita kan?

    p/s: luv my princess so much!

    BalasPadam
  7. salam DInieDinar..
    anak2 skrg semakin membesar semakin bijak dgn soklan2 cepuemas & jawapan2 hebat...

    ohyer, anda di tag http://kakyong72.blogspot.com/2009/04/tag-fotophunia.html
    tadi nak tinggalkan di kotak komen dinie, dia mogok ler pulak..

    BalasPadam
  8. budak sekarang memamng bijak,.. sebab ibu-ibu mcm 2 dah buat untuk anak bijak sejak dalam perut lagi... kena sabar jelah...

    BalasPadam
  9. hamboiii lya nih...petah tul ckp...yg plg best situasi ke4...hahahaa...

    BalasPadam
  10. hahhaaaa....
    berbudak zaman sekarang....
    :)

    BalasPadam
  11. hahaha.comelnye liya berkata2.don't worry kak.liya mmg budak yg cerdik..btw,suka situasi last skali..liya,auntie pun mst tny duit jugak..hehe

    BalasPadam