Jom Klik-klik Sini..

Sabtu, 18 April 2009

From Alya With Love

Sempena birthday papa yang ke-36, Lya buatkan home-made card ini.. Sweet je aku rasa tanda ingatan sorang anak pada bapanya..



Ni my pumpkin buat sendiri tau.. last year memang mama yang ajar. Tahun ni dah pandai buat sendiri :)






psst..psst.. nanti besday mama Lya buatkan jugak ye...

Khamis, 16 April 2009

Apa Pendapat Para Ibu Semua??

Macam-macam cabaran jadi ibu dalam zaman ni. Pada pendapat akulah, untuk menjadi ibu (sekarang) yang baik memang memerlukan banyak kesabaran, komunikasi yg efektif & daya kreativiti yang tinggi. Kengkadang buntu dibuatnya dengan karenah anak (walaupun baru sorang dah pening...) Kengkadang pula aku rasa kalah... yang kengkadang buat aku rasa bersalah.


So, di sini aku nak mintak pendapat semua ibu, mama, ummi, mummy, bonda...


Apa yg anda akan buat kalau...




Situasi 1
Lokasi: Dapur Masa : Malam


Si ibu tengah membasuh pinggan selepas makan malam. Dia terlihat anaknya mengambil jus dari peti ais.


"Lya, malam2 tak elok minum manis2. Kejap lagi nak tido. Nanti gigi cepat rosak, senang dapat kencing manis.."

"Eh ma.. ni kan jus..jus buah. Baik untuk kulit & mata kan... cam kat tv tu.. Ni kan air cam inner shine kan.. (dgn muka beria2 ala2 penceramah m.l.m) Nanti nak tido Lya gosok la gigi. pastu minum air kosong..."




Situasi 2
Lokasi: Rumah Nenek Masa: Petang

Alya masuk ke family hall berjumpa Ayahtok yang dah dekat 3 bulan sakit mata (bukan sakit mata yg biasa tu..)

"Nape mata Ayahtok ni?Tak baik-baik lagi ke.."

"Lya... apasal cakap camtu.. tak baik, dosa tau"

"Eh..tak la ma... Lya nak tau sebab nak ajar Ayahtok ni baca doa kesihatan. Kan doa tu boleh untuk badan, telinga & mata..."
"Ayahtok... ikut Lya baca doa tau..."



Situasi 3

Lokasi: Bilik Tido Masa: Malam

"Ma... apasal papa selalu balik malam.. selalu tido kat tempat work..??"

"Papa outstation la Lya... tu pasal papa kena tido sana. Tempat work tu jauh.. Papa cari duit untuk kita..."

"Tapi bapak-bapak orang lain tu boleh pulak balik rumah awal-awal.. tak payah tido2 pun kat tempat work dia.."



Situasi 4
Lokasi : Ruang tamu Masa : Petang

Peenn.. Peenn...Kedengaran hon papa.

"Lya... papa baliikkk..!!!"

Lya yang tengah mengadap tv bangun meluru ke muka pintu. Lepas salam peluk papa...

"Pa... mana duitnya..."

"Duit apa..??"

"Iyalah.. papa outstation kan sebab carik duit... mana duitnya..."





Rabu, 15 April 2009

Macam-macam Alya :D

Kengkadang aku kesian gak dengan my pumpkin ni. Iyalah..., sensorang kat rumah. Main pun sendiri2 je. Tapi kengkadang tengok kelakar pun ada. Nak tau kenape? Jom layan aksi Alya ni. Ni tengahari semalam, lepas balik sekolah.. tetiba je dia transform... ???





Memula aku sempat snap kandid...



Hehehe...cip cip! cip cip! Alya dok berangan jadi burung :D

Nampak tak tangan dia. Dia sarung dengan envelope. Kengkonon tangan burung la tu..




Oooo.... burung dah lapar mintak makan rupanyeeee....






Bila sedar suruh posing dia maintain dengan karektor!! Anak burung kot.. ternganga2 nampak mak burung.



Habis berkecah drawer aku bila dia cari envelope buat kaki burung lak. Sebenarnya envelope tuh panjang.. Alya gunting separuh, lagi separuh bukan dia nak buang tapi direnyuk2 masuk dlm drawer balik! Bertuahnye budakkk....












Tetiba burung jadi bangau lak... panjang je kepak dia cam belalai pun ada ;))









Macam-macam je lah budak Alya nih.. Tengok aksi macam ni kiut & kelakar. Tapi bila tengok drawer aku habis bersepah dengan gunting ke mana-mana.., angin gak kengkadang.


Menanaahhh mata.....(tiru gaya kak mah gali)


Hmmmm.... apa-apa je lahhhh...........







Isnin, 13 April 2009

Award Dari Kakyong


Semalam masa bukak blog nampak pesanan kakyong soh amik award dari blog dia.. Inilah awardnya..cayang kakyong..!!

Menu Hujung Minggu :d

Jarang Mr Saddam dapat bersama di hujung minggu. So, bila sesekali ada bersama, dihidangkanlah juadah favouritenya.. Sebenarnya gambar lupa nak ambik dek kerana asyik masyuk makan. Bila dah tinggal seketul baru teringat. Inilah dia 'Ayam Panggang Madu Chef Pumpkin' :D



Sebabnya masa tengah sibuk meratakan bahan2 perapan ayam, Alya dok membebel ala2 chef Hells Kitchen tuh. Letak ini la.., letak itu la... Ni tak cukupla.., tu kurang la..issyyy budak nih...









Ni pulak sebenarnya Kek Marble Susu last week. Ingat dah hilang gambar dia. Rupa2nya ada dok terselit. Resepi ni aku ambik dari blog are. Sedap kek ni (hehehe...sesekali lupa diet takpe kaannnn...) Cumanya, 1st time buat kek marble ni, dia punya corak marble kurang menjadi la.. Apa2 pun, yummy!! Bebila rajin nak try buat lagi cecantik & sedap ;d




Sabtu, 11 April 2009

TAG Dari Kirana

Hiks..dek kerana giat beno mengomen kat blog kirana a.k.a ana, aku dah kena tag... sib baik dia mintak benda biasa2 je...


NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1. Dinie
2. akak...
3. Amy Klang
4. mama Alya

MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1. Tarikh lahir & melahirkan Alya
2. Tarikh ijabkabul
3. Tarikh konvo
4. Tarikh lahir suma yg terchenta...


THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1.masak asam pedas ikan merah
2.potong timun buat ulam
3.kemas dapur
4.bukak blog jwb tag ni la....

GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1.cash money!!!
2.pokok2 (skrg tgh giat memeriahkan laman)
3.perfume
4.apa2 pun boleh janji bagi dgn ikhlas :)


YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. skrg tgh giler tnm pokok bunge..
2. buat kek
3. hias rumah
4. blogging

PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. pulau
2.yg jual brg cantik & murah
3.tmpt yg ada nostalgia (ehem..ehemmm...)
4.mana2 lah janji jalan & boleh release tension & sesuai dgn ketebalan poket ;P


FAVORITE DRINKS:
1. mineral water (hehehe..tgh diet beb!)
2. hot chocolate
3. float
4. teh tarik


THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:
1. Bedroom set
2. tv
3. lampu tido
4. books

FAVORITE COLORS:
1. brown
2. purple
3. pink
4. hijau lumut


TOP FOUR HANGOUTS:
1. Jusco Bukit Tinggi
2. Alamanda (Alya's fav)
3. Genting (masa bil keje kat sana..tp skrg dah benti. dkt 4 bln tak pi dah..)
4. tempat2 yg ada playground

Persons U LOVE SO MUCH:
1. parents
2. Alya
3. Mr Saddam
4. all my friends & family


"THINGS" SPECIAL TO YOU:
1. kete kancil hijau BFN4183 (takkan ku jual smpi bila2..byk nostalgia)
2. my 1st house (kat bayu perdana klg-saksi perkongsian aku & hubby masa mula2 menapak dlm hidup)
3. rmh skrg
4. cincin nikah (td sedey la... dah tak muat jari...uwaaaaa!!!!)

YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
sapa2 yg kena tag ni jgn le marah..aku cuma nak kenal korang lebih dekat je... ;)
1. kakyong
2. zai@umiaiman
3.niza
4.mamamanja
5. ummi salsabila


REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
sesaja..tak da topik lagi nak mengarut dan paling penting dah lunaskan utang dgn kirana nih..

Khamis, 9 April 2009

Satu Transformasi Akan Berlaku.... ;p

Hahaha...baca tajuk kat atas? Ingat AF7 je ada transformasi..? Hehehe..laman rumahku juga akan mengalami transformasi tak lama lagi. Antara klue2 nya:


Ni la kawasan yang bakal diberi nafas baru. Kecik je...ala2 sekangkang anak kera spesis kenit & kaki pendek :D


A haa.. Apa plak kena mengena dengan batu refleksologi nih...?? Teka..teka...


Pandangan dari sisi lain. 2 pasu kecik tu hasil 'green finger' Alya :)