Jom Klik-klik Sini..

Selasa, 7 April 2009

Bila Makcik Bizi....


Sehari dua ni ke'busy'an melanda. Nak tau apa yg dibizikan sangat, nantilah cite kat entri lain kalau dah ada penyelesaiannya kelak yeee....


Hmmm.., bila dah terkejar sana sini, time soru pun melompat-lompat gak. Sib baik ada Gardenia Delicia Butterscotch.. (hey..cam iklan lak.. berangan jd duta rotilah jap.. ;P) Sedapnya roti ni hingga tak terkata. Alya pun suka. sekali dia mengadap roti boleh hilang setengah buku!!



Sampai sini saja buat kali ni... ada byk benda lagi nak buat. Arrrgggghhhh!!! Makcik bizi nihhh...!! Nanti update lagi naaa....

Jumaat, 3 April 2009

Karya Si Cilik :)

Ni lukisan Alya masa umur dia 3+. Mr Saddam framekan buat kenangan. Tulisan tangan nama 'ALYA' tu pun antara tulisan sempurna yang terawal.. Amacam?? Kiut kan.. ;D



Dua lukisan ni pula hasil karya Alya di usia 4 tahun 9 bulan. Nampak ada perkembangan pada lukisan2 ni. Antaranya, my pumpkin ni dah lebih detail dalam membentuk objeknya. Tengok je la pokok tu..berkepuk2 menunjukkan betapa rimbun daunnya :D Satu lg, Alya dah pandai berfantasi dan merealisasikan atas kertas. Hehehe..panjang betul paruh burung hisap madu bunga eh..kereta tu pulak dia nak beli bila besar nanti :)











Rabu, 1 April 2009

Dah Kembang Dah.. :)



Hehehe... bunga yang dinanti telah pun kembang.. Ini hasil tangan bersama aku & Alya. Tapi sebenarnya, nenek Alya (ibuku) yang tolong semaikan (sebab dia tahu kalau aku yg semai sure pokok tak jadi..tangan panas!). Bila dah nampak subur, barulah aku tanam semula dalam pasu ni..


Sebenarnya ada satu lagi pasu kecil. Tu hasil kreatif Alya. Dah ada kudup. Rasanya esok lusa kembanglah jugak.. Alya kata bila dah kembang dia nak letak pasu tu dalam bilik dia.. :D

Sukahati lah nak.. janji bahagia. Bunga kan terapi minda. :)



Selasa, 31 Mac 2009

Kasut futsal vs Kasut Bola

13 April ni besday Mr Saddam..hubby ku terchenta...

Ni la masalahnya...nak bg apa ek.. Kalau setakat makan2 no hal punya tp tak da kenangan lak..

Tadi sepergian (ada ke perkataan tu??) Mr Saddam ke tempat kerja aku bukak la cupboard dia..dok mengecek apa2 benda/barang yg perlu diganti & dijadikan hadiah. Hasilnya.....hampeh. Seluar banyak melambak sampai ada yg bagi org.. baju complete. Wallet..baru je dia tukar 3-4 bulan lepas. Kasut pun byk.... apa ek??

...............

............. ok ada idea tapi ......................


Nak tanya suma yg baca entri ni kasut futsal & kasut bola ada beza tak??


Sebabnya, ada lah terdengar niat Mr Saddam ni nak main bola kat padang belakang rumah tuh.. tapi kenkadang bebudak kat situ main futsal kat kawasan bersimen tu......... yg gol dia kecik sikit dari gol biasa tu futsal kan..??? pastu main tak ramai dlm 5 org je kaannnnnnnn....

hehehe........nampak sangat aku ni kaki bangku..tak ambik pot pasal sukan2 nih...


psstt..psst.. - masa tulis tajuk entri teringat lak kat EF yg berlakon cite Mertua vs Menantu. Congrats dapat EA



Isnin, 30 Mac 2009

Bila Alya ikat rambut..



Si pumpkin Alya ni memang susah sungguh bila disuruh ikat rambut. Dah memang perangai dia dari kecik pantang diikat rambut..tak sampai 10 minit dah terlerai ikatan. Kengkadang dok merajuk gak dengan si pumpkin ni.. Mama dia punyalah beria ikat dgn macam2 jenis getah..bereben la., bermanik la.., yang ada gambo kartun2 la..
Pernah masa diajak ikat rambut tup...tup...eh, mana pi suma getah rambut nih...???
Hah.., tak lain tak bukan keje dia la yang menyorokkan getah tu.. Nak dipotong pendek rambut tu..., pun taknak gak...nak biar panjang macam Acu konon.
Tapi semenjak 2menjak 'terperasan' dengan pujian sorang neighbour yang 'berangan' nak bermenantukan Alya ni (hehehe..adeke?? aku sbnrnya tak layan dgn plan jodoh2 masa kecik ni) anakku ini dah bolehla diikat rambutnya...
Pulak doh... ada perasaan jugak ke si pumpkin nih...? Isy.. jangan dibuat2. Awak tu belum cukup 5 tahun pun lagi. Jangan dilayan perah-santan tuuuu...
psst..psst. - Acu tu my sil

Ahad, 29 Mac 2009

Gelagat Alya

Tengah hari Jumaat ketika jemput my pumpkin balik sekolah...

"Ma.. Ma.. tadi kat sekolah semua budak clap hands untuk Lya"
"Oo ye ke? Lya bercerita depan class lagi ke..?"
"Tak.. Lya baca doa kesihatan. Memula teacher soh budak lelaki tapi diorang tak mau..pastu teacher Mas panggil Lya.."
"Lya bacalah eh.."
(angguk)
"Lya baca kuat-kuat..
(sambil menggayakan)
"Allahumma-'afini fi badani..Allahumma-'afini fi basori..Allahumma-'afini fi sam'i.."
"Wa.. terernya..!! Pastu teacher cakap apa?"
(dgn gaya teacher Mas)
"Waahhh... cekapnya Batrisyia.. Lepas ni Batrisyia hafal ayat Kursi pulak yee.."



Selepas makan malam...

"Ma.. bila nak ajar Lya ayat Kursi ni..?"
"Ok, lepas ni kita naik atas..mama ajar hafal ayat Kursi ok.."
"Ala lambat betullah..kan teacher Mas baru cakap Lya cekap.., nanti kalau esok Lya tak dapat hafal... buat malu je.."

Macam tu la perangai anak daraku ni. Kalau nak sesuatu tak pernah boleh tangguh.. tapi bila bab pelajaran ni aku pujilah.. Cuma satu je.. aku takut dia terlalu tension. Iyalah, baru tadika dah berkobar semangat.. Dia kena tau or hafal dulu sebelum orang lain.. Ape-ape pun.. Alhamdulillah \m/


psst..psst.. - kat sekolah teacher panggil my pumpkin dengan nama Batrisyia.. singkatan Nur Batrisyia Alya.. :)



Jumaat, 27 Mac 2009

Pokok kari ku..



Inilah pokonya..nampak tak daun atas dah gugur. tak lama lagi abis togel sepokok
(hehe..abaikan semak samun keliling pokok tu ye..keje mencabut rumput hubby dah chop..utk dikerjakan di hujung minggu)



Ni pokok jiran sebelah.. pun serupa...





Apa kenalah dengan pokok kari ni.. dah setahun bela tapi besar takat tu je.. apa yg aku perasan pokok kari ni (aku punya la..org lain punya tak tau) dia macam ada virus. Dah elok2 cantik merimbun tetiba... gugur daun.




Inilah yg terjadi pada pokok kari aku sekarang. Haritu elok je.. semalam petang masa nak siram aku perasan ada benda putih2.. haa...bila ada benda tuh, daun kari mula la gugur! Ni baru gugur sikit. Esok lusa habis luruh semua..





Dah dok membuang benda putih tu baru aku teringat nak ambik gambar..so, tak dapatlah tunjuk apa kebendanya yg putih tuh...





Masih tak puas hati, aku skodeng lak pokok kari rumah sebelah..beria2 nak ambik gambar. Nasib baik tuannya keje..hehehe..





Pokok kari rumah sebelah pun samalah!! Haritu tengok elok je.. tapi la ni, daun start gugur gak.. Nak kata berjangkit dengan pokok kari aku atau pokok kari aku berjangkit dengan pokok orang sebelah...hmmm..... tak mungkin la.. pokok dia dgn pokok aku jauh sebatu!




Tapi nape ye..?? Memang tabii pokok kari macam tu atau aku yg tak reti jaga?? Macam mana nak buat benda putih tu tak lekat kat pokok kari?? Sebab aku rasa benda tu la penyebabnya...