Jom Klik-klik Sini..

Selasa, 20 Januari 2009

rumah oh rumah..


Bilalah nak dapat kunci rumah ni ye..? Inilah susahnya beli rumah atas tangan orang. Loan dah lulus, s&p dah sign, 10% dah bayar tapi kunci rumah tak dapat lagi. Sebabnya.., pembeli terdahulu masih belum buat pertukaran nama dengan pemaju. Nasib baik pihak lawyer pandai 'auta'kan pembeli terdahulu tu. Lawyer tak bayar habis 10% tu. Barulah si pemilik terdahulu yang tengah desperate tu tergesa-gesa jalankan tanggungjawab dia.

Dulu, masa beli rumah pertama (apartmen biasa je..) beli terus dari pemaju. Rumah pulak dah siap. Gedebuk gedebak dalam masa tak sampai 2 bulan semua settle dan boleh pindah dah. Tapi bagi aku, rumah tu memang rezeki anak. Sebabnya, dalam masa mengurus hal rumah, rupanya aku dah pregnant.. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan.

La ni, selepas 4 tahun, aku bersyukur buat kesekian kalinya kerana keluarga kami diberi rezeki lagi. Walaupun aku dah tak bekerja, my hubby mampu menunaikan janjinya-beli landed house. Iyalah.. kitorang dok apartment tingkat 2. Susah nak lepaskan my pumpkin Alya main bebas. Lepas ni dapatlah Alya yang lasak (walaupun pompan tapi ligat mengalahkan lelaki) main dengan lebih selesa dan selamat..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan