Jom Klik-klik Sini..

Selasa, 20 Januari 2009

huhu..Alya mintak adik



Buat kesekian kalinya, my lil pumpkin Alya mintak adik. Apa dia ingat nak dapat baby macam beli bear pooh kat supermarket ke.. Sebenarnya dah banyak kali Alya merengek nak adik..siap demand lagi. Kejap nak baby boy, kejap nak girl, kejap nak kembar 1 boy 1 girl..ecewahh..

Tapi tadi bunyi pemintaan dia lain sikit..siap ada ugutan. Alya kata, "..kalau mama tak beranakkan Lya baby.., Lya akan kecewa.."

Aduhh..sapa kata mama tak nak baby. Kalau boleh mama nak lagi sorang anak buat teman sunyi masa Lya pergi tadika..tapi tak ada rezeki lagi la.. Mama memang dok gigih berusaha nih.. Kita tunggu dan doa ye..moga2 hujung tahun ni tercapailah impian Lya nak adik tuh..

rumah oh rumah..


Bilalah nak dapat kunci rumah ni ye..? Inilah susahnya beli rumah atas tangan orang. Loan dah lulus, s&p dah sign, 10% dah bayar tapi kunci rumah tak dapat lagi. Sebabnya.., pembeli terdahulu masih belum buat pertukaran nama dengan pemaju. Nasib baik pihak lawyer pandai 'auta'kan pembeli terdahulu tu. Lawyer tak bayar habis 10% tu. Barulah si pemilik terdahulu yang tengah desperate tu tergesa-gesa jalankan tanggungjawab dia.

Dulu, masa beli rumah pertama (apartmen biasa je..) beli terus dari pemaju. Rumah pulak dah siap. Gedebuk gedebak dalam masa tak sampai 2 bulan semua settle dan boleh pindah dah. Tapi bagi aku, rumah tu memang rezeki anak. Sebabnya, dalam masa mengurus hal rumah, rupanya aku dah pregnant.. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan.

La ni, selepas 4 tahun, aku bersyukur buat kesekian kalinya kerana keluarga kami diberi rezeki lagi. Walaupun aku dah tak bekerja, my hubby mampu menunaikan janjinya-beli landed house. Iyalah.. kitorang dok apartment tingkat 2. Susah nak lepaskan my pumpkin Alya main bebas. Lepas ni dapatlah Alya yang lasak (walaupun pompan tapi ligat mengalahkan lelaki) main dengan lebih selesa dan selamat..










Sayunya Hati..

Hari ni masuk minggu ke-3, hari ke-2 persekolahan. Entah apa sebab musababnya, my lil pumpkin nangis masa nak pergi tadika.. Dia tanya, hari ni sekolah balik awal ke tak. Aku jawab, sekolah hari ni macam biasa je.. Tetiba meleleh je air mata.. Aku naik heran la sebab ni 1st time dia nangis. 1st day sekolah biasa je-happy.. Aku tunggu dalam 1/2 jam je, pastu blah pergi breakfast. Aku pun selidiklah kenapa nangis..kot2 kena buli ke.. teacher marah ke.. tapi jawapan dia..,"Lya nak jaga mama.." Mak aihh.. Aku pulak yang rasa nak menangis. Tapi aku terpaksala kontrol. Aku pujuk, cakap hari ni Mama jemput awal..Mama datang 1st jemput Lya..

Sayunya hati seorang ibu bila dengar anaknya yang baru 4 tahun 7 bulan cakap nak jaga Mama.. Doa Mama semoga Lya jadi anak pintar yang solehah. Belajar rajin2 sayang..!!